Percambahan biji benih dan propagasi orkid endemik, dendrobium tetrachromum dan dendrobium hamaticalcar secara in vitro

Maslini Japar Ali (2013) Percambahan biji benih dan propagasi orkid endemik, dendrobium tetrachromum dan dendrobium hamaticalcar secara in vitro. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (977kB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB)

Abstract

Kajian terhadap percambahan biji benih dan propagasi in vitro orkid endemik Borneo, Dendrobium tetrachromum (DT) dan D. hamaticalcar (DH) telah dijalankan. Kesan terhadap faktor media asas, kompleks aditif dan fotokala terhadap percambahan biji benih, proliferasi protokorm serta pertumbuhan dan perkembangan protokorm dikaji. Kesan auksin, sitokinin dan sumber karbon berbeza (sukrosa, glukosa dan fruktosa) terhadap proliferasi serta pertumbuhan dan perkembangan protokorm tu rut dikaji. Media pengkulturan terbaik untuk pembesaran anak benih in vitro juga dikenalpasti. Hasil kajian mendapati ½ MS merupakan media asas yang paling baik untuk percambahan in vitro biji benih, proliferasi serta pertumbuhan dan perkembangan protokorm bagi kedua-dua spesies orkid yang dikaji. Penambahan air kelapa (AK) 15% (v/v) atau pepton (Pep) 0.2% (w/v) ke dalam media ½ MS dapat meningkatkan peratus percambahan biji benih DT (100%). Manakala ekstrak kentang (EK) 0.1 % (w/v) baik untuk percambahan biji benih DH (100%). Penggunaan AK 10% atau 15% mampu mengaruhkan protokorm DT berproliferasi. Sementara, penambahan ekstrak yis (EY) atau EK pada kepekatan 0.1 atau 0.2% (w/v) dapat mengalakkan protokorm DH berproliferasi. Media mengandungi 1.0 mgl-1 NAA (91 %) atau 2.0 mgl-1 BAP (98%) baik untuk proliferasi protokorm DT. Manakala protokorm OH didapati lebih baik berproliferasi di atas media 1.0 mgL-1 2, 4-0 (91 %) atau 1.0 mgL-1 kinetin (61 %). Penambahan 1.0 mgL-1 NAA atau IAA dalam media memberikan kesan baik ke atas pertumbuhan dan perkembangan protokorm OT dan OH. Penggunaan sukrosa 3% (w/v) dan tempoh 24j cahaya adalah paling sesuai bagi percambahan in vitro biji benih (97-100%), proliferasi (40-100%) serta pertumbuhan dan perkembangan protokorm (100%) OT dan DH. Hasil kajian mendapati anak benih in vitro OT dan OH yang berumur 270 hari dapat dipindahkan ke rumah hijau.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Dendrobium tetrachromum, Dendrobium hamaticalcar, Percambahan biji benih, Kultur tisu tumbuhan, Protokorm
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK494-494.5 Gymnosperms
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jun 2025 11:15
Last Modified: 17 Jun 2025 11:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44104

Actions (login required)

View Item View Item