A socioeconomic analysis of joint venture smallholder private treefarm - agroforestry practices by farmers in Kudat

Roslan Abdillah (0122) A socioeconomic analysis of joint venture smallholder private treefarm - agroforestry practices by farmers in Kudat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.1.pdf

Download (954kB)
[img] Text
FULLTEXT.1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Pengkajian berhubung kesedaran dan penerapan inovasi agroperhutanan dikalangan para peladang kayu persendirian secara usahasama dengan kerajaan telah diusahakan di daerah Kudat, di Utara Negeri Sabah. Projek Usahasama ladang kayu persendirian telah diperkenalkan oleh SAFODA kepada para peladang di Kudat untuk mengatapi masalah ketidak suburan tanah dan kemiskinan di kawasan luar Bandar. SAFODA akan memperuntukan bekalan bibit, nasihat teknikal, dan juga menjanjikan khidmat pasaran yang tetap dan harga yang berpatutan. Jenis kayu yang ditanam ialah Acacia mangium, dimana pertumbuhan (MAI) di Sabah boleh mencapai 28- 44 meter padu sehektar setahun. Penglibatan peladang dalam usahasama perladangan kayu persendirian dijangka memberi banyak manafaat kepada peladang khasnya dan masyarakat amnya. Waiau bagaimanpun, kejayaan projek ini memerlukan pengorbanan dan penglibatan banyak pihak khususnya para peladang dan juga komitment tinggi kerajaan. Dalam soalselidik ini seramai 40 orang responden telah ditemuramah berhubung kesedaran, penerapan dan penyertaan peladang dalam projek usahasama ladang kayu persendirian. Kepentingan bantuan kerajaan yang mempengaruhi penerapan difnasa hadapan juga diterokai. Sejumlah besar daripada responden sedar akan faedah inovasi agroforestry disemua tahap pendidikan yang diperolehi oleh peladang. Diuji dari sudut kewangan, biologikal, dan kesesuaian institutsi, samada peladang sepenuh masa atau separuh masa, factor utama penceburan peladang dalam projek usahasama ladang kayu persendirian, adalah untuk masa depan anak-anak dan untuk mencari keuntungan. Kajian ini juga mendapati bahawa bantuan kerajaan adalah sangat diperlukan di mana sekiranya bantuan dihentikan maka penyertaan dan penerapan juga akan turut terhenti. Memperkukuhkan keupayaan pengembangan dalam pengetahuan perladangan kayu, bantuan teknikal, dan bantuan kewangan akan menjamin penerapan masa depan. Bagaimana pun, mengenal pasti masalah-masalah awal dan keperluan para peladang adalah di antara rekomendasi yang dicadangkan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Agroperhutanan, peladang kayu persendirian, SAFODA, Acacia mangium, bantuan kerajaan, inovasi, Sabah
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General)
Department: SCHOOL > School of International Tropical Forestry
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Jun 2025 12:05
Last Modified: 24 Jun 2025 12:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44107

Actions (login required)

View Item View Item