Shaharan Kamin (2018) Sinkretisme agama dalam kalangan masyarakat Dusun di daerah Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (18MB) |
Abstract
Penyelidikan ini berusaha untuk memahami fenomena sinkretisme dalam adat dan kepercayaan tradisi dalam kalangan masyarakat Dusun di kampung Tungou, Randagong dan Mumpait di daerah Ranau Sabah dari perspektif agama dan budaya serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Penyelidikan ini akan bertumpu kepada hubung kait antara unsur-unsur keagamaan daripada tradisi Islam dan animism/dinamisme yang terpaksa membuat penyesuaian antara satu sama lain apabila berlaku pertembungan kedua-dua tradisi kebudayaan tersebut. Data kajian ini diperoleh dari berbagai-bagai sumber, antaranya perpustakaan yang berupa pelbagai tulisan sama ada makalah mahupun hasil penyelidikan terdahulu. Hasil temuan perpustakaan dikukuhkan dengan hasil dari pemerhatian lapangan dan temu bual dengan tokoh adat dan agama dalam masyarakat Dusun. Pada dasarnya sinkretisme tidak dibenarkan dalam Islam, namun dalam konteks adat tradisi masyarakat, ia merupakan proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan pada peringkat awal memeluk Islam. Sebelum agama Islam diperkenalkan, masyarakat Dusun mengamalkan sistem kepercayaan yang bersifat animistik dalam erti kata bahawa mereka percaya kepada makhluk-makhluk halus dan semangat. Dapatan kualitatif menunjukkan masyarakat yang dikaji iaitu masyarakat Dusun telah berusaha memurnikan atau menyesuaikan adat dan kepercayaan yang mereka warisi secara turun-temurun dengan ajaran Islam. Walaupun masyarakat Dusun mengidentifikasikan diri mereka sebagai orang Islam tetapi pada masa yang sama, mereka tidak mengetepikan unsur-unsur kepercayaan peribumi seperti kepercayaan kepada 'Kinorohingarf, 'Bambarayorf, dan pantang la rang adat. Malah mereka masih mempraktikkan ritus-ritus yang diwarisi dari agama peribumi. Waiau bagaimanapun, hal ini tidak menjejaskan akidah dan identiti masyarakat Dusun sebagai Muslim. Ini kerana falsafah agama Islam telah memodifikasikan unsurunsur tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Dusun melalui proses interpretasi semula sehingga unsur-unsur peribumi itu dapat disesuaikan dengan unsur-unsur agama Islam. Oleh itu, hasil daripada proses interpretasi antara tradisi Islam dan animisme/dinamisme serta kegiatan dakwah, dapat diyakini bahawa masyarakat Dusun sebenarnya adalah penganut agama Islam. Dengan kata lain, agama Islam merupakan agama yang dominan dalam situasi sinkretisme keagamaan dalam kalangan masyarakat Dusun.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Sinkretisme agama, Masyarakat Dusun, Islam dan kepercayaan tradisional, Animisme dan dinamisme, Tradisi budaya Sabah, Ranau, Sabah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL410 Religions in relation to one another |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 17 Jun 2025 11:19 |
Last Modified: | 17 Jun 2025 11:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44124 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |