Budaya kehidupan dan pekerjaan komuniti penanam rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna, Sabah: Kajian kesepadanannya dengan nilai kerja berdasarkan matan Arba'in

Nurul Auni Jamal (2017) Budaya kehidupan dan pekerjaan komuniti penanam rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna, Sabah: Kajian kesepadanannya dengan nilai kerja berdasarkan matan Arba'in. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka budaya hidup komuniti penanam rumpai laut di bawah Estet Mini Rumpai Laut dan juga budaya kerja yang diamalkan oleh komuniti ini semasa mereka melaksanakan kerja-kerja pengkulturan rumpai laut. Di samping itu juga, kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat pengaplikasian nilai-nilai kerja yang terkandung dalam Matan Arba 'in. Nilai-nilai tersebut termasuklah niat dan tujuan bekerja, mengutamakan prinsip Islam, mencari ilmu, persaudaraan, ihsan dan memelihara tingkah laku. Budaya kehidupan dan budaya pekerjaan ini diperoleh melalui kajian secara etnografi yang melibatkan komuniti penanam rumpai laut melalui kaedah-kaedah seperti temu bual, tinjuan dan pemerhatian turut serta, nota lapangan, foto dan video bagi mendapatkan maklumat yang spesifik dan menyeluruh. Kajian ini secara khususnya melibatkan komuniti penanam rumpai laut beragama Islam keseluruhannya yang melaksanakan sistem pengkulturan di bawah kendalian pihak Univerisiti Malaysia Sabah iaitu Sistem Estet Mini Rumpai Laut di Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Melalui data etnografi tersebut, kesepadanan yang ingin dilihat adalah menerusi pengaplikasian budaya kerja yang dilaksanakan dengan nilai-nilai yang terkandung dalam Matan Arba 'in. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan membuat pengelompokkan topik-topik utama kemudian dihuraikan secara naratif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat budaya kehidupan komuniti tersebut berasimilasi antara adat budaya etnik Bajau di Semporna dan juga pengamalan agama termasuklah aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, kesenian mahupun keagamaan. Begitu juga budaya kerja komuniti penanam rumpai laut di Pulau Selakan ini yang berasimilasi antara adat dan pengamalan agama. Melalui nilainilai kerja yang terkandung dalam Matan Arba 'in pula, terdapat pengaplikasian terhadap keenam-enam nilai tersebut. Antara yang paling ditekankan dalam komuniti penanam rumpai laut tersebut adalah nilai persaudaraan. Walaupun terdapat pengaplikasian nilai-nilai yang lain, namun nilai tersebut masih kurang kukuh. Sumbangan kajian ini juga dibincangkan secara mendalam. Selain itu, kelemahan kajian juga diterangkan berserta dengan cadangan kajian pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Budaya komuniti penanam rumpai laut, Budaya kerja Islam, Matan Arba‘in, Nilai kerja Islam, Etnografi komuniti Bajau
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP173.25-173.45 Islamic sociology
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jun 2025 11:20
Last Modified: 17 Jun 2025 11:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44126

Actions (login required)

View Item View Item