Pengaruh faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar

Muhammad Salehan Alhafiz Mat Wajar and Rohana Hamzah and Ahmad Muhaimin Mohamad and Christina Andin (2022) Pengaruh faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar. International journal of humanities technology and civilization, 7 (1). pp. 1-11.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (356kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor kesihatan mental dan kecerdasan spiritual ke atas kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ke atas 460 orang responden yang dipilih secara rawak mudah daripada 9121 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda UMP. Analisis deskriptif mendapati majoriti responden mempunyai tahap kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan kebahagiaan hidup yang agak tinggi. Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa kesihatan mental dan kecerdasan spiritual berhubung secara positif dengan kebahagiaan hidup dan prestasi akademik. Analisis regresi walau bagaimanapun membuktikan bahawa kebahagiaan hidup tidak mempunyai pengaruh mediasi yang signifikan ke atas hubungan di antara kesihatan mental dan kecerdasan spiritual dengan prestasi akademik. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menyumbang kepada kekurangan dalam literatur mengenai tahap kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan kebahagiaan hidup dalam konteks pelajar universiti di Malaysia khususnya di UMP. Model yang dibina dalam kajian ini boleh dijadikan rujukan kajian yang lebih mendalam pada masa akan datang untuk memahami bagaimana kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar boleh ditingkatkan melalui kesihatan mental dan kekuatan kerohanian mereka.

Item Type: Article
Keyword: Kesihatan Mental Kecerdasan Spiritual Kebahagiaan Hidup Prestasi Akademik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL51-65 Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2381-2391 Academic degrees
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 17 Jun 2025 11:29
Last Modified: 17 Jun 2025 11:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44174

Actions (login required)

View Item View Item