Abdullah, S. and Muhamad Suhaimi Taat (2025) Hubungan komuniti pembelajaran profesional (PLC) dengan komitmen guru. Quantum journal of social sciences and humanities, 6 (1). pp. 81-95. ISSN 2716-6481
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (397kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan komitmen guru dalam kalangan guru sekolah menengah harian biasa bantuan penuh kerajaan di negeri Sabah. Kajian berbentuk bukan jenis eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan menggabungkan dua teknik pensampelan kebarangkalian untuk mendapatkan sampel. Dua set soal selidik iaitu TCM Employee Commitment Survey dan Learning Community Questionnaire Revised digunakan untuk mendapatkan data daripada 379 responden guru. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 21. Berpandukan analisis deskriptif, didapati PLC dan komitmen berada pada tahap tinggi. Berdasarkan analisis statitistik inferensi, ujian-t bagi PLC berdasarkan jantina adalah tidak signifikan (t=1.04, df=377, p>0.05) yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan PLC berdasarkan jantina. Sementara ujian ANOVA sehala berdasarkan umur juga adalah tidak signifikan (F=.788, df =375, p>0.05) tetapi berdasarkan tempoh perkhidmatan ujian ANOVA adalah signifikan (F=9.83, df=375, p<0.05). Manakala hasil ujian-t bagi komitmen guru berdasarkan jantina menunjukkan hasil yang signifikan (t=2.86, df=377, p<0.05) yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru berdasarkan jantina. Ujian ANOVA sehala bagi komitmen berdasarkan umur dan tempoh perkhidmatan pula menunjukkan hasil yang tidak signifikan. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru berdasarkan umur dan tempoh perkhidmatan. Melalui ujian Kolerasi Pearson didapati terdapat hubungan signifikan yang positif dengan kekuatan yang lemah (r=.454, p<0.01) PLC dengan komitmen guru. Kajian mencadangkan agar PLC diamalkan pada tahap tinggi memandangkan terdapat hubungan signifikan yang positif PLC dengan komitmen guru.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Komuniti pembelajaran profesional, Komitmen guru, Kolerasi, Signifikan |
Subjects: | L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA273-280 Probabilities. Mathematical statistics |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Jun 2025 15:46 |
Last Modified: | 19 Jun 2025 15:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44210 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |