Erna Suwardi and Muhamad Suhaimi Taat and Roslee Talip and Mohd Sobrye Paimin (2025) Spiritualiti di tempat kerja sebagai peramal kompetensi instruksional guru penolong kanan: Satu kajian empirikal sekolah rendah di negeri Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 10. pp. 14-26.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (392kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini meneliti hubungan antara spiritualiti di tempat kerja dengan kompetensi instruksional dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) di sekolah rendah di Malaysia, dengan penekanan khusus terhadap konteks pendidikan awam di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan mengaplikasikan pendekatan tinjauan korelasi deskriptif. Seramai 269 orang Guru Penolong Kanan dari sekolah rendah di negeri Sabah telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Dua instrumen utama telah digunakan iaitu Skala Spiritualiti di Tempat Kerja oleh Ashmos dan Duchon (2000) dan Skala Kompetensi Instruksional yang dibangunkan berasaskan domain Kompetensi Instruksional dalam kerangka Kompetensi Pemimpin Sekolah 2.0 (KOMPAS 2.0) oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap spiritualiti di tempat kerja adalah tinggi (Min = 3.74, SP = 0.62), manakala tahap kompetensi kompetensi instruksional berada pada tahap sederhana tinggi (Min = 3.60, SP = 0.71). Terdapat hubungan positif yang signifikan dan berada pada tahap sederhana antara spiritualiti di tempat kerja dengan kompetensi instruksional (r = 0.46, p < .01). Penemuan ini menekankan kepentingan pengintegrasian elemen spiritualiti dalam program pembangunan kepimpinan pendidikan, khususnya dalam memperkukuh nilai teras, motivasi intrinsik dan etika kerja dalam kalangan Guru Penolong Kanan. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pembangunan pendekatan yang holistik dan berasaskan nilai dalam pembangunan profesional sistem pendidikan negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Spiritualiti di Tempat Kerja, Kompetensi Instruksional, Guru Penolong Kanan, Kompetensi Kepimpinan, Pendidikan Malaysia, Pembangunan Professional |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF712-724.85 Developmental psychology - Including infant psychology, child psychology, adolescence, adulthood L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 03 Jul 2025 10:24 |
Last Modified: | 03 Jul 2025 10:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44277 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |