Kesesuaian tanah aluvium sebagai pelapik lempung dalam kawasan tapak pelupusan sampah

Zulherry Isnain (2007) Kesesuaian tanah aluvium sebagai pelapik lempung dalam kawasan tapak pelupusan sampah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (179kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Tiga sampel tanah daripada tebing Sungai Likas, Sungai Telipok dan Sungai Tuaran telah diambil untuk menentukan kesesuaian tanah aluvium sebagai pelapik lempung dalam tapak pelupusan sampah. Analisis yang telah dijalankan terdiri daripada kajian sifat kimia, sifat fizikal dan sifat kejuruteraan tanah. Didapati sampel tanah Sungai Telipok mempunyai nilai pH yang paling rendah berbanding sampel tanah Sungai Likas dan Sungai Tuaran iaitu 5.13. Kajian sifat fizikal pula mendapati sampel Sungai Telipok mempunyai Indeks Keplastikan dan Kebo lehtelapan yang paling tinggi berbanding sampel tanah yang lain bemilai 12.56% dan 5.470 X 10-8 mis masing-masing. Sampel tanah Sungai Telipok dikelaskan sebagai Lempung Berlodak dan Berpasir dengan peratusan lempung sebanyak 28.01 % dan dikelaskan sebagai Keplastikan Sederhana. Analisis saiz butiran menunjukkan sampel Sungai Telipok mempunyai kandungan mineral lempung yang lebih tinggi berbanding sampel Sungai Likas dan Sungai Tuaran. Nilai Kekuatan Ricih yang tinggi ditunjukkan pada sampel Sungai Telipok iaitu bernilai 15.071 kN/m2 . Selepas ujian larut lesap analisis ketigatiga sampel tanah menunjukkan nilai pH yang semakin meningkat dari bahagian atas sampel ke bawah. Analisis kepekatan larutan Cu dan Pb bagi ketiga-tiga sampel tanah menunjukkan trend yang lebih kurang sama iaitu semakin berkurang dari atas turus larut resap ke bawah. Analisis ini juga menunjukkan kebanyakan logam berat ditemui pada bahagian atas turus larut lesap pada kedalaman 0 - 2.5 cm. Daripada kesemua ujian fiziko-kimia dan ujian larut lesap didapati sampel tanah Sungai Telipok paling sesuai dijadikan pelapik lempung dalam tapak pelupusan sampah berbanding sampelsampel tanah yang lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Tanah aluvium, Pelapik lempung, Tapak pelupusan sampah, Keplastikan tanah, Kebolehtelapan, Kekuatan ricih
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 Jul 2025 10:43
Last Modified: 03 Jul 2025 10:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44292

Actions (login required)

View Item View Item