Kou Ting Kok @ Thomas, Freddie Ting Kok @ Thomas (2006) The Effect of recreational trail on the distribution of selected herbaceous plants and soil compaction in Tambunan Rafflesia Centre, Tambunan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
ABSTRACT.pdf Download (144kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Hutan Simpat Rafflesia Tambunan mempunyai satu kemudahan pelancongan am yang dikenali sebagai Pusat Rafflesia Tambunan. Objektif kajian ini adalah untuk menentu serta menilai mampatan Tanah, komposisi tumbuhan herba sepanjang rintis rekreasi dalam hutan tanah tinggi. Kaedah yang digunakan dalam kajian adalah a) kaedah penentuan soil bulk density, dan b) kaedah point frequency. Hasil kajian ini telah mendapati rintis rekreasi memberi kesan negatif ke atas ekosistem hutan tanah tinggi, walau bagaimanapun ia hanya sehingga 25 cm dari pusat rintis. Dalam kajian ini, mampatan tanah sepanjang rintis adalah 0.55 gcm-3 dan menurun kepada 0.32 gcm-3 di luar rintis. Kajian ini juga menunjuk kesan negatif rintis ke atas Pothos sp. dan Anadendrum sp. Di luar rintis rekreasi, kesan negatif ini adalah tidak begitu ketara. Di samping itu, kajian ini menunjukkan bahawa Pothos sp. kerap ditemui di sepanjang rintis dan merupakan tumbuhan herba yang dominan berbanding dengan Anadendrum sp. Kesan rekreasi rintis ke atas aroid adalah tidak ketara. Dari kajian ini, aktiviti pelancongan sepanjang rintis rekreasi menghasilkan kesan negatif ke atas hutan tanah tinggi kerana ia meningkatkan mampatan Tanah serta mengubah taburan tumbuhan-tumbuhan herba yang tertentu. Ciri-ciri semulajadi seperti kecuraman rintis serta keadaan lopak akan meningkatkan lagi kesan negatif rintis rekreasi ke atas ekosistem hutan tanah tinggi. Untuk ini, mempelbagaikan tarikan pelancongan di TRC merupakan satu cara mitigasi terhadap isu ini.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Rintis rekreasi, Mampatan tanah, Hutan tanah tinggi, Pothos sp., Anadendrum sp. |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General) > QH1-(199.5) General Including nature conservation, geographical distribution |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Jul 2025 14:45 |
Last Modified: | 07 Jul 2025 14:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44293 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |