Yusry Sulaiman and Mosli Tarsat and Mohamed Ali Haniffa (2025) Sejarah pemerintahan kesultanan brunei sebagai kerajaan talasokrasi pada abad ke-16. Jurnal Maritim Asia Tenggara, 1. pp. 123-141.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (328kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini membincangkan Kesultanan Brunei sebagai sebuah kerajaan talasokrasi yang berkembang pada abad ke-16 di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar), Sultan Bolkiah I, dan Sultan Saiful Rijal. Kesultanan Brunei berjaya mengukuhkan empayar melalui penguasaan maritim, hubungan diplomatik, serta kekuatan ketenteraan. Penaklukan wilayah di sekitar Kepulauan Borneo, Kepulauan Sulu, Mindanao, dan Luzon menjadikan Brunei sebagai kuasa dominan di rantau ini. Selain itu, sistem pentadbiran dan perundangan yang diperkenalkan, termasuk Hukum Kanun Brunei serta struktur sosial berdasarkan sistem wazir dan cheteria, memastikan kestabilan politik dan ekonomi. Kajian ini juga meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Brunei akibat cabaran dalaman dan kedatangan kuasa Barat. Kesimpulannya, Kesultanan Brunei merupakan contoh kerajaan maritim yang berjaya mengekalkan pengaruhnya dalam tempoh yang panjang sebelum berhadapan dengan ancaman kolonialisme.
Actions (login required)
![]() |
View Item |