A Rahman Tang Abdullah and Pandikar Amin Mulia and Mohd Sohaimi Esa (2022) Status perundangan Sabah dalam sejarah: perubahan dalam pembentukan entiti politik dalam era prakolonial dan kolonial. MANU, 33. pp. 175-192. ISSN 2590-4086
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (587kB) |
Abstract
Makalah ini membincangkan status perundangan Sabah (North Borneo) sebagai entiti politik dalam perkembangan sejarah yang menyentuh perubahan kedudukan perundangannya dari zaman prakolonial ke zaman kolonial dan pascakemerdekaan. Ia merujuk kepada persoalan sama ada kedudukan Sabah sebagai satu entiti politik yang tunggal atau satu jajahan takluk yang tunggal semasa era prapenjajahan. Ia mengemukakan fakta sejarah yang menunjukkan bahawa Sabah hanya muncul sebagai satu entiti tunggal semasa zaman penjajahan dan pascakemerdekaan. Justeru, Sabah merupakan jajahan takluk semasa zaman prakolonial, sebuah tanah jajahan pada masa penjajahan dan merupakan sebuah negeri apabila menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Hal ini juga menunjukkan bahawa Sabah tidak pernah menjadi sebuah negara dalam konteks kerangka politik Melayu tradisional dan negara bangsa (nationstate). Perbincangan ini bersandarkan analisis kandungan ke atas dokumen sejarah yang bersifat prima di samping sumber sekunder yang berkaitan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Status perundangan, Sabah, North Borneo, prakolonial, kolonial |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 03 Jul 2025 10:51 |
Last Modified: | 03 Jul 2025 10:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44306 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |