Nurulhusna Ab. Hamid (2005) Chemical composition and antimicrobial activities of essential oils of selected Alpinia (Zingiberaceae) species. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Minyak pati rizom bagi enam spesis Alpinia iaitu A. galanga, A. purpurata, A. latilabris, A. nieuwenhuzii, A. ligulata dan A. aquatica telah diekstrak dengan menggunakan kaedah penyulingan hidro. Kemudian kandungan minyak pati ini telah dikaji dengan menggunakan Kromatografi Gas - Pengesan Nyalaan Ion (GC-FID). Kuantiti minyak pati yang dihasilkan adalah 1.3%, 0.1 %, 0.4% 3.8%, 0.9% dan 0.9% bagi minyak pati A galanga, A. purpurata, A. nieuwenhuzii, A.latilabris, A.ligulata dan A aquatica. A. nieuwenhuzii mempunyai 120 komponen di dalam minyak pati dan 5 - oksimetilfurfurol (18%) adalah komponen utama. lni diikuti oleh A./igulata dengan 84 jenis komponen di dalam minyak pati dan tetradesil asetat (15%) sebagai komponen utama. Manakala minyak pati A galanga mempunyai 50 komponen di dalamnya dan 2 - asetiltetrahidropiradin (57%) sebagai komponen utama. A aquatica pula mempunyai 1 - heptane -3-one (22%) sebagai komponen yang paling banyak dan terdapat 41 komponen di dalam minyak pati A aquatica. Minyak pati A latilabris pula mengandungi 25 jenis komponen dan metil sinamat (84%) adalah komponen utama. Minyak pati A purpurata pula mempunyai kandungan komponen yang paling sedikit iaitu 20 komponen dan komponen utama di dalamnya adalah metilisoheksil keton (25.3%). Kajian bioasei bagi menentukan aktiviti mikroorganisma melalui penentuan diameter zon perencatan telah dijalankan. Keputusan menunjukkan bahawa bagi aktiviti antibakteria dan antifungal, minyak pati bagi A. galanga dan A latilabris merencat 100% pertumbuhan kesemua spesis bakteria dan fungal yang terpilih dengan zon perencatan yang paling tinggi adalah 7.0 ± 2.1mm dan 9.0 ± 0.6mm bagi bakteria dan 20.0 ± 0.0mm dan 18.0 ± 1.7mm bagi fungal. A. purpurata pula menunjukkan zon perencatan yang paling tinggi pada 3.0 ± 0.6mm bagi bakteria. A. nieuwenhuzii, A. aquatica dan A ligulata pula masing-masing mempunyai zon perencatan maksimum 8.0 ± 0.6 mm, 7.0 ±1.7 mm dan 1.0 ± 2.6 mm bagi bakteria. A purpurata, A. nieuwenhuzii, A. aquatica dan A ligulata tidak aktif kepada perencatan pertumbuhan fungal. Bagi penentuan kepekatan perencatan minimum pula menunjukkan bahawa A. galanga dan A /atilabris mempunyai aktiviti antibakteria dan antifungal yang tinggi dengan kepekatan minimum pada 1.8 mg/ml dan 2.2mg/ml. A. purpurata, A. aquatica dan A. ligulata menunjukkan aktiviti yang sederhana dengan kepekatan minimum pada 27.0 mg/ml, 9.00 mg/ml dan 32.00mg/mL. Manakala A.nieuwenhuzii pula menunjukkan aktiviti yang paling lemah iaitu pada 30. 00 mg/m L.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Alpinia, Minyak pati, Penyulingan hidro, Aktiviti antimikrob, Komponen kimia |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Jul 2025 14:55 |
Last Modified: | 07 Jul 2025 14:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44320 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |