Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo,1846-1923

Mosli Tarsat (2025) Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo,1846-1923. Jurnal Maritim Asia Tenggara, 1. pp. 12-27.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (249kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai sejarah Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo dari tahun 1846 hingga tahun 1923. Jaringan maritim merupakan rangkaian dan hubungan ekonomi di laut yang berhubung kait dengan aktiviti perdagangan, pelabuhan dan perkapalan. Semua aspek ini sangat penting bukan sahaja untuk British mencipta keuntungan semata-mata tetapi juga untuk melihat kepentingan pulau ini dalam konteks sejarah maritim di Borneo. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang memberi tumpuan kepada sumber primer dan sumber sekunder dalam mendapatkan bahan-bahan kajian. Berdasarkan rekod-rekod sejarah jelas menunjukkan bahawa British telah berusaha mengeksploitasi sumber ekonomi di pulau ini sehingga menjadikan pulau ini sebagai tanah jajahan British pada tahun 1846. Walaupun dasar ekonomi British lebih menitikberatkan ekonomi berasaskan tanah daratan, namun aspek perdagangan, pelabuhan dan perkapalan juga turut menjadi tumpuan utama British di pulau ini.

Item Type: Article
Keyword: Pulau Labuan, Jaringan Maritim, Perdagangan, Perkapalan, British Borneo
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE380.8-971 Water transportation > HE380.8-560 Waterways
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Jul 2025 15:36
Last Modified: 03 Jul 2025 15:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44321

Actions (login required)

View Item View Item