Earnie Elmie Hilmi and Kamarudin Salleh and Nur Farhana Ab Rahman (2025) Pluralisme agama daripada pemikiran Muhammad Uthman Elmuhammady. Sains Insani, 10 (1). pp. 1-9. ISSN 0127-7871
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (341kB) | Request a copy |
Abstract
Pluralisme yang membawa maksud kepelbagaian agama diterima secara baik, namun apabila perkataan ini digabungkan dengan agama dan membawa maksud menyamaratakan semua agama atau membawa kepada kecenderungan untuk menyatukan kebenaran agama, perkara tersebut menjadi kontroversi. Terdapat dua masalah utama yang dilihat iaitu kekeliruan terhadap definisi pluralisme agama dan pelbagai pendekatan berbeza menghadapi pluralisme agama. Para sarjana berbeza pendapat mengenai konsep pluralisme agama dan pendekatannya termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady. Kajian ini mengkaji pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady tentang pluralisme agama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis sumber penulisan Muhammad Uthman El-Muhammady yang berkaitan dengan pluralisme agama, antaranya ialah risalah Pemikiran Mohammed Arkoun dalam konteks ahli sunnah wal jamaah: Satu pengamatan awal (2011), Falsafah agama John Hick: pengamatan dari perspektif ajaran ahli sunnah wal-Jamaah (2012) dan Al-Firqah al-Najiyah: Epistemologi aqidah golongan yang berjaya (2017). Hasil kajian menunjukkan Muhammad Uthman El-Muhammady mendefinisikan pluralisme dengan maksud ruang awam di mana para penganut agama bertemu dan berhubung serta mengadakan interaksi pelbagai untuk saling memahami antara satu sama lain, manakala pluralisme agama pula ialah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pluralisme agama; kepelbagaian agama; kebenaran semua agama sama benar |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL74-99 Religions of the world |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 03 Jul 2025 15:37 |
Last Modified: | 03 Jul 2025 15:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44322 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |