Diversity and distribution of dragonflies (Suborder: Anisoptera) with potential as bioindicators

Robiatul Munawwirah Ahmad (2004) Diversity and distribution of dragonflies (Suborder: Anisoptera) with potential as bioindicators. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (22MB)

Abstract

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Sahagian pertama adalah mengenai kajian komposisi dan kepelbagaian larva Odonata di Sg. Tabin, Sg. Urit and Sg. Lipad, Rezab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Sejumlah 1405 individu larva Odonata yang mewakili 21 genus dan enam famili telah berjaya dikumpulkan. Famili Gomphidae didapati paling tinggi dalam bilangan taxon dan juga jumlah keseluruhan individu. Kesesuaian habitat, morfologi, tingkah laku dan adaptasi memainkan faktor penting yang mempengaruhi diversiti dan taburan Odonata. Diversiti dan taburan larva Odonata di antara sungai-sungai yang dikaji didapati berbeza secara signifikan. Kajian ini menunjukkan, kekayaan spesis bukanlah faktor tunggal yang patut diambilkira dalam memantau dan menilai sesebuah kawasan yang hendak dipelihara. Faktor geografi, ekologi, penempatan penduduk dan aktiviti persekitaran pertu diberi perhatian. Secara keseluruhannya, jenis substrat dan mikrohabitat merupakan faktor ekologi bagi pengelompokan sungai yang dikaji. Selain daripada itu, dari segi musim, didapati kualiti air dan kandungan nutrien menjadi faktor pengelompokan kumpulan sungai yang dikaji. Kesan perubahan musim ke atas spesis Odonata yang berbeza, adalah berbeza bergantung kepada keupayaan adaptasinya. Suhu, konduktiviti, DO, pH, turbiditi, halaju air, fosfat dan kalsium didapati mempengaruhi taburan larva Odonata. Bahagian kedua kajian ini adalah mengenai kepelbagaian dan taburan Odonata dewasa (Anisoptera) di seluruh Sabah. Sebanyak 17 lokasi dipilih untuk kajian ini. Sejumlah 2127 individu yang mewakili empat famili, 28 genera dan 40 spesis telah dikenalpasti. Daripada pengumpulan yang dibuat, sebanyak 17.55% adalah rekod baru bagi Sabah dan 97 .5% adalah rekod baru bagi kawasan yang dikaji. Sebanyak 40.85% famili Libellulidae daripada diversiti Anisoptera Borneo telah direkodkan dalam kajian ini. Kajian ini telah menghasilkan senarai semak baru fauna Anisoptera bagi Sabah dengan 44 spesis. Rekod baru Anisoptera di Borneo dalam kajian ini telah berjaya mengemaskinikan senarai semak terdahulu dengan 149 spesis.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Odonata, Anisoptera, Taburan serangga, Larva akuatik, Sungai Tabin
Subjects: Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates > QL461-599.82 Insects
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 Jul 2025 16:10
Last Modified: 03 Jul 2025 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44330

Actions (login required)

View Item View Item