Fitriati Kurniasih Gholib Santosa (2004) Kajian taksonomi dan ekologi Pseudo-nitzschia, sejenis alga beracun, di Teluk Gaya, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (988kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ekologi dan taksonomi ke atas genus Pseudo-nitzschia, sejenis diatom yang berpotensi untuk menghasilkan toksin, telah dilakukan di Teluk Gaya, Kata Kinabalu, Sabah. Pensampelan bersepadu telah dilakukan setiap bulan selama 12 bulan (Mac 2000 sehingga Februari 2001) di 4 buah stesen pensampelan untuk menentukan variasi taburan dan kelimpahan genus ini. Sampel air diambil di beberapa kedalaman iaitu permukaan, 1m, 2m, 4m, 7m, dan 10m untuk menentukan taburan vertikal diatom ini di dalam turus air. Sampel air diawetkan dengan larutan Lugol untuk pengiraan sel. Sampel hidup diambil dan dikulturkan di dalam makmal untuk kajian taksonomi. Empat spesies telah ditemui di kawasan ini iaitu P. pungens, P. brasiliana, P. micropora dan P. sp. cf. pseudodelicatissima. Bentuk dan saiz diatom telah dikenalpasti sebagai ciri utama dalam pengecaman menggunakan mikroskop kompaun, manakala corak pada vaf digunakan bagi pengecaman menggunakan mikroskop elektron (TEM). Berdasarkan hasil kajian, satu kekunci taksonomi telah dibina untuk pengecaman spesies Pseudo-nitzschia yang ditemui di Teluk Gaya. Pseudo-nitzschia spp. ditemui hadir sepanjang tahun namun kebanyakannya dalam kelimpahan sel yang rendah. Kelimpahan maksima Pseudo-nitzschia spp. dilihat pada bulan Oktober dan Disember, dan minima pada bulan Mac, April dan Mei. lni menunjukkan kehadiran bermusim Pseudo-nitzschia spp. di kawasan ini. Taburan mendatar Pseudo-nitzschia spp. mendapati densiti sel yang lebih tinggi ditemui di stesen yang hampir dengan pesisir pantai. Taburan vertikal menunjukkan sel-sel biasanya ditemui pada kedalaman 1 m. Peningkatan populasi Pseudo-nitzschia mungkin disebabkan percampuran menegak yang menyebabkan nutrien dari dasar laut tersebar ke seluruh turus air. Corak kehadiran populasi Pseudo-nitzschia menunjukkan adanya pengaruh cuaca dan pergerakan air ke atas pertumbuhan dan taburan populasi Pseudonitzschia. Walaubagaimanapun, kajian dalam tempoh yang lebih panjang perlu dilakukan untuk melihat samada kehadiran bermusim genus ini adalah berkala.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pseudo-nitzschia, Diatom, Fitoplankton, Toksin domoik, Ekologi marin |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK504-(638) Cryptogams |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 03 Jul 2025 16:11 |
Last Modified: | 03 Jul 2025 16:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44338 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |