UMNO dan persoalan kepimpinan politik dalam masyarakat majmuk, 1969-1998

A Rahim Tamby Chik (2012) UMNO dan persoalan kepimpinan politik dalam masyarakat majmuk, 1969-1998. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB)

Abstract

Kajian [tesis] ini menganalisis kepimpinan politik dan fenomena perpecahan politik UMNO dari perspektif manipulasi elit berdasarkan kepada kepelbagaian bentuk nasionalisme. Kajian [tesis] ini menghujahkan bahawa kepimpinan politik dan fenomena perpecahan politik dalam kalangan kepimpinan elit politik UMNO telah secara signifikan dan implisitnya merupakan persaingan ideologi nasionalis yang mempamerkan fenomena kebuntuan membentuk identiti nasional Malaysia. Dua isu yang besar ini iaitu fenomena perpecahan kepimpinan politik UMNO dan persoalan nasionalisme, telah mempengaruhi dan mencorak perkembangan politik Malaysia secara signifikannya. Fenomena perpecahan kepimpinan politik UMNO banyak dikaitkan dengan perkembangan-perkembangan besar dalam politik Malaysia seperti Peristiwa 13 Mei 1969, penggubalan Dasar Ekonomi Baru, Perpecahan UMNO 1987 dan juga Gerakan Reforrnasi 1998. Kelazimannya, perpecahan dan krisis kepimpinan politik UMNO telah memberi kesan yang menjangkaui politik UMNO itu sendiri iaitu politik Malaysia secara keseluruhannya. Pada masa yang sama, oleh kerana persoalan identiti nasional merupakan isu politik yang dilihat sebagai tiada jalan penyelesaian yang konkrit di Malaysia, nasionalisme telah mengambil tempat sebagai isu utama dalam konteks wacana politik Malaysia. Wujud kesamaran dan kekaburan dalam kalangan etnik di Malaysia berhubung dengan identiti etnik dan identiti nasional serta antara individu dengan masyarakat terbanyak bagi membolehkan elit mengkonstruksi dan memanipulasi ideologi nasionalis. Dalam kajian [tesis] ini, persoalan konflik nasionalisme digarap dan cuba difahami berdasarkan kepada lima [5] konsep nasionalisme yang berbeza, iaitu-etno-budaya, sivil dan nasionalisme multi-budaya di satu pihak dan kolektif-autoritarian dan nasionalisme individu-liberal di satu pihak yang lain. Perdana Menteri Malaysia telah mengkonstruksikan ideologi nasionalis sebagai takrifan kepada 'Bangsa-Malaysia' dalam usaha mereka untuk menyelesaikan persoalan identiti nasional. Hal ini telah menimbulkan perdebatan dan reaksi yang antogonis dari kalangan elit politik UMNO yang berpaksi nasionalisme etno-budaya, lantas mewujudkan persaingan kuasa dalam kalangan mereka; yang secara tidak langsung telah memberi kesan yang menyeluruh terhadap perkembangan dan pembangunan politik Malaysia. Justeru, kajian [tesis] ini merumuskan bahawa perpecahan, krisis dan persaingan politik dalam kalangan elit politik UMNO dan keupayaan parti tersebut mengekalkan status-quo mempunyai hubungan yang simbiosis dengan gaya kepimpinan keseclerhanaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: UMNO, Kepimpinan politik, Perpecahan politik, Nasionalisme Malaysia, Manipulasi elit, Identiti nasional
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Jul 2025 13:57
Last Modified: 18 Jul 2025 13:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44478

Actions (login required)

View Item View Item