Kesan aditif terhadap germinasi Coelogyne swaniana dan kesan hormon terhadap pembentukan kalus Vanda dearei

Ng, Judith (2005) Kesan aditif terhadap germinasi Coelogyne swaniana dan kesan hormon terhadap pembentukan kalus Vanda dearei. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000650.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan hormon terhadap pengaruhan kalus bagi Vanda dearei dan kesan aditif terhadap germinasi Coelogyme swaniana. Pucuk daun, bahagian tengah daun, hujung daun dan akar Vanda Dearei digunakan sebagai eksplan. Kedua-dua kajian ini menggunakan media VW (Vacin and Went). Eksplan ini dikultur ke atas media VW (Vacin and Went) dalam keadaan steril dengan kepekatan hormon BAP dan NAA yang berbeza, iaitu pada 0.5 μm, 1 μm dan 2 μm. Kombinasi dari dua hormon turut digunakan iaitu pad a 0.5 μm BAP disertai dengan 1 μm NAA dan 1 μm BAP yang disertai 0.5 μm NAA. Rawatan hormon 0.5 μm BAP+ 1 μm NAA didapati sebagai hormon yang berpotensi untuk membentuk kalus dalam masa 40 hari. Manakala hormon NAA dengan kepekatan 2 μm tidak menunjukkan sebarang pembentukan kalus. Di samping itu, akar Vanda Dearei turut didapati sebagai eksplan yang terbaik berbanding daun untuk membentuk eksplan. Kajian untuk mengkaji kesan aditif terhadap germinasi Coelogyne swaniana tidak memberikan sebarang keputusan. Ini berkemungkinan biji benih yang digunakan adalah tidak matang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Germination, Harmone, Vanda dearei, Coelogyme swaniana
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jul 2012 10:35
Last Modified: 23 Oct 2017 12:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4453

Actions (login required)

View Item View Item