Pelaksanaan rantaian Ca-Markov meramalkan perubahan guna tanah di Sabah, Malaysia

Khairullah and M. A. A. A and Hua,, Ang Kean (2024) Pelaksanaan rantaian Ca-Markov meramalkan perubahan guna tanah di Sabah, Malaysia. Quantum journal of social sciences and humanities, 5 (1). ISSN 2716-6481

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (642kB) | Request a copy

Abstract

Perubahan guna tanah dan litupan tanah (LULC) mempunyai impak yang tinggi terhadap alam sekitar kerana mempunyai hubungkait secara langsung terhadap kemerosotan tanah dalam tempoh tertentu dan memberi implikasi kepada alam sekitar. Pemantauan perubahan guna tanah/litupan tanah (LULC) adalah penting untuk strategi perancangan sesuatu kawasan terutamanya dari segi aspek pembangunan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Penderiaan jauh (RS) merupakan salah satu perisian yang digunakan dalam mengurus dan menganalisis maklumat ruang geografi melalui visualisasi statistik geografi yang melibatkan data dalam bentuk raster dan vektor. GIS dan RS adalah satu perisian yang sangat bernilai digunakan dalam kajian bidang sains mahupun dalam bidang kemanusiaan terutamanya dalam kajian geografi. Kebimbangan mengenai perubahan guna tanah dan litupan merupakan senario yang menjadi agenda kepada penyelidikan berkenaan dengan perubahan alam sekitar global beberapa dekad yang lalu akibat aktiviti manusia itu tersendiri. Matlamat kajian ini adalah untuk mengaplikasikan GIS dan RS dalam menganalisis perubahan dinamik LULC serta melihat perbandingan antara LULC luar bandar dan bandar. Selain itu, kajian ini juga melihat perubahan LULC pada tahun 2035 dan 2050 akan datang dengan melalui model CA-Markov. Dengan mengintegrasikan GIS dan RS selain daripada melihat corak LULC, kajian ini juga dapat melihat perbezaan LULC antara kawasan bandar dan luar bandar. Hasil kajian ini juga dapat menjelaskan perubahan dinamik dalam struktur perkembangan pembangunan suatu kawasan dan menyumbang kepada strategi dalam mengawalselia suatu kawasan, membuat keputusan dalam merancang pembangunan dan dasar aktiviti guna tanah.

Item Type: Article
Keyword: guna tanah dan litupan tanah, CA-Markov, sistem maklumat geografi, penderiaan jauh, peluasan bandar, tanaman
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor
Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General) > QH1-(199.5) General Including nature conservation, geographical distribution
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 28 Jul 2025 17:09
Last Modified: 28 Jul 2025 17:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44621

Actions (login required)

View Item View Item