Di sebalik idea dan pengaruh museologi dalam institusi permuziuman dunia dan Malaysia

Mohd Syafiq Zaini and Mohd Sohaimi Esa and Saifulazry Mokhtar and Irma Wani Othman (2022) Di sebalik idea dan pengaruh museologi dalam institusi permuziuman dunia dan Malaysia. Journal Of Tourism,hospitality And Environment Management (JTHEM), 7. pp. 118-135.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (888kB) | Request a copy

Abstract

Museologi secara dasarnya merupakan satu bidang pengajian merujuk kepada institusi permuziuman. Dari aspek sejarah serta falsafah asasnya, matlamat serta dasar dan fungsi mereka sama ada dari sudut pendidikan, politik atau pun peranan sosial. Museologi boleh dikatakan satu disiplin yang abad baru di mana meluas sebahagian besarnya adalah produk intelektual abad ke-20. Namun demikian, dikenal pasti kewujudan fahaman Museologi ini sekurang-kurangnya pada sejak abad ke-17 di mana perkembangan idea museologi ini dilihat ketara muncul telah terjalin seiring dengan perkembangan awal muzium. Dalam tempoh masa itu, museologi telah membantu perkembangan institusi muzium sama ada dari segi konsep ataupun dari aspek pengurusan muzium. Perubahan muzium daripada institusi yang hanya tertumpu kepada pemuliharaan dan pemulihan koleksi artifak sahaja, kini mereka berorientasikan masyarakat (community oriented), menjadi ruang pameran dan platform untuk dialog dan komunikasi secara umum bersama para pengunjung. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis terhadap data-data kajian perkembangan museologi dalam bidang permuziuman. Tumpuan kajian memfokuskan kepada definisi, latar belakang serta apakah signifikan dan pengaruh museologi dalam institusi muzium di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa museologi memberikan signifikan dari aspek teoretikal dan praktikal muzium. Amalan praktikal menjadi keutamaan dalam pengurusan kerja muzium melahirkan golongan profesional dalam bidang muzium manakala teoretikal yang ada akan berperanan sebagai kritikan yang diperlukan untuk melaksanakan penambahbaikan dan panduan terhadap pengurusan muzium sagar fungsi muzium sebagai institusi warisan khazanah dapat terlaksana dengan baiknya. Selain itu, museologi juga telah menerapkan pemikiran kritis terhadap isu-isu sosial dan politik. Di dalam konteks Malaysia, museologi telah menggesa penyingkiran segala pengaruh kolonial di dalam institusi muzium melalui perlaksanaan dekolonisasi selepas negara mengecapi kemerdekaan. Kemudiannya merubah muzium daripada bersifat kolonialisme, kini telah dijadikan sebagai alat untuk pembangunan bangsa dalam menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya.

Item Type: Article
Keyword: Museologi, Perkembangan Muzium, Berorientasikan Masyarakat, Dekolonisasi, Pembangunan Bangsa
Subjects: A General Works > AM Museums. Collectors and collecting > AM1-(501) Museums. Collectors and collecting > AM111-160 Museology. Museum methods, technique, etc.
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Jul 2025 15:07
Last Modified: 25 Jul 2025 15:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44645

Actions (login required)

View Item View Item