Hamidah Razali and Tuan Norbalkish Tuan Abdullah and Jusiah Idang (2025) Pengaruh emosi dan efikasi diri terhadap ketagihan berulang dalam kalangan orang diparol (ODP) di Malaysia. Southeast Asia Psychology Journal, 13. 40 -57. ISSN 2710-544X
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (775kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh emosi dan efikasi diri terhadap penyalahgunaan bahan berulang (relapse) dalam kalangan Orang diParol (ODP) di Pejabat Parol di Malaysia. Kajian ini juga turut dijalankan dengan membuat analisa deskriptif berdasaran demografi klien serta menggunakan kolerasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara dua pemboleh ubah bebas dan satu pemboleh ubah terikat. Selain itu, ia turut melihat pengaruh antara pemboleh ubah yang disenaraikan. Seramai 97 orang responden telah dipilih berdasarkan sampel rawak terdiri daripada mereka yang berada di pejabat parol. Kajian berbentuk tinjauan dengan reka bentuk kuantitatif dijalankan dengan menggunakan tiga instrumen iaitu Drug Abuse Screening Test (DAST-20) bagi yang mengukur kecenderungan penglibatan anda dengan pengambilan dadah. Kedua, Emotional Regulation Questionnaire (ERQ; Gross & John, 2003) direka untuk menilai dan mengukur dua strategi pengawalan emosi iaitu pengalaman emosi dan ekspersi emosi. Terakhir, Drug-Abstinence-Self-Efficacy-Scale (DASES) menilai tahap keyakinan (efikasi kendiri) untuk menentang penggunaan dadah dalam situasi tersebut. Hasil dapatan yang diperolehi di analisis menggunakan aplikasi perisian IBM SPSS Statistics versi 29.0. Analisis deskriptif merangkumi min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan di jalankan untuk memperolehi data demografi responden. Korelasi Pearson dijalankan untuk mengkaji hubungan emosi dan efikasi diri terhadap relapse. Hasil analisis menunjukkan terdapat kolerasi negatif yang tidak signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah dengan r (emosi) =-0.096 dan p<.05 (2- tailed). Nilai p (emosi)=0.350 dan r (efikasi diri) = -0.014 dan p <.05 (2-tailed). Nilai p (efikasi kendiri) = 0.894 dengan penyalahgunaan dadah. Hasil analisis regresi yang dijalankan mendapati emosi dan efikasi kendiri tidak mempunyai kesan signifikan terhadap penyalahgunaan dadah berulang dengan (β =0.355 dan 0.923,p >.05). Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai Beta (β) = 0.894 dan nilai k > 0.05. Ini bermakna, hasil kajian tidak signifikan, efikasi kendiri tidak berperanan sebagai faktor pencegahan terhadap penyalahgunaan dadah berulang. Kajian ini di harap dapat membantu setiap pihak yang terlibat dalam program rawatan dan pemulihan penagihan dadah secara langsung mahupun tidak langsung melalui penambahbaikan modul atau program rawatan dan pemulihan sedia ada.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Emosi, Efikasi Kendiri, Penyalahgunaan Dadah Berulang, Orang Diparol (ODP) |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
Date Deposited: | 29 Jul 2025 11:08 |
Last Modified: | 29 Jul 2025 11:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44664 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |