Pewajaran ratu serimpak sebagai simbol budaya dan tradisi etnik Sama-Bajau

Rosmah Derak and Saidatul Nornis Haji Mahali and Noorafini Kassim (2025) Pewajaran ratu serimpak sebagai simbol budaya dan tradisi etnik Sama-Bajau. Jurnal Sains Insani, 10 (1). pp. 108-118.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (538kB) | Request a copy

Abstract

Pertandingan Ratu Serimpak merupakan aktiviti kebudayaan etnik Sama-Bajau dalam usaha untuk mengangkat dan melestarikan warisan budaya ini agar terus diingati oleh masyarakat khususnya etnik Sama-Bajau. Serimpak merupakan hiasan kepala yang dipakai bersama dengan Badu Sipak (busana tradisi) oleh wanita etnik Sama-Bajau ketika majlis perkahwinan mahupun majlis keramaian. Busana tradisi ini menjadi simbol budaya dan tradisi etnik yang memperlihatkan keunikan dari segi reka bentuk dan warna yang terdapat dalam pakaian etnik ini. Kajian ini meneliti pewajaran Ratu Serimpak sebagai simbol budaya dan jati diri etnik Sama- Bajau di Sabah yang dipertandingkan di negeri Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan etnografi melalui tinjauan literatur, pemerhatian, dokumentasi visual dan temu bual bersama informan utama. Data visual yang dikumpulkan akan dianalisis melalui triangulasi untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan. Data visual yang diperoleh akan dipindahkan ke data analisis selepas selesai proses triangulasi dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan pertandingan Ratu Serimpak ini merupakan usaha penting untuk memartabatkan busana etnik Sama-Bajau di samping dapat memupuk kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau untuk mengenal lebih mendalam tentang warisan budaya etnik mereka. Penilaian terhadap peserta dalam pertandingan Ratu Serimpak merangkumi aspek pengetahuan dan peri laku budaya, kefasihan berbahasa ibunda, penilaian dalam penggayaan busana tradisi dan sesi soal jawab dapat dijadikan kayu ukur untuk menilai tahap kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau terhadap budaya dan bahasa mereka. Impak kepada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk melestarikan budaya dan etnik melalui pertandingan Ratu Serimpak ini. Penganjuran pertandingan ini mampu menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar Sabah untuk memahami warisan budaya di negeri Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Busana Tradisi, Hiasan Kepala, Ratu Serimpak, Sama Bajau, Sabah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN301-674 Ethnology. Social and cultural anthropology > GN537-674 Ethnic groups and races
N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK1648-1678 Religious art
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 25 Jul 2025 15:43
Last Modified: 25 Jul 2025 15:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44666

Actions (login required)

View Item View Item