Kesan kepekatan minyak pati kayu manis (cinnamomum zeylanicum) sebagai bahan campuran dalam pelilinan terhadap kualiti penyimpanan halia

Halimatun Sa'diah Ismail (2007) Kesan kepekatan minyak pati kayu manis (cinnamomum zeylanicum) sebagai bahan campuran dalam pelilinan terhadap kualiti penyimpanan halia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
4482[1]

Download (25kB)

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan minyak pati Cinnamomum zeylanicum terhadap kualiri penyimpanan halia (Zingiber officinale Roscoe cv. Tambunan). Sampel halia yang baru dituai dirawat menggunakan kombinasi yang berbeza dan kemudiannya disimpan selama 2, 4 dan 6 minggu. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD) dengan rawatan disusun secara faktorial (4 rawatan x 4 jangkamasa penyimpanan) dengan 4 replikasi. Analisis statistic yang digunakan adalah analisis varians dua hala (ANOVA). Cerapan dilakukan pada setiap 2 minggu melibatkan enam parameter iaitu skor visual, peratus kehilangan berat, kepejalan isi, peratus pepejal terlarut (SSC), peratus keasidan tertitrat (TA) dan nilai pH. Kajian menunjukkan terdapat interaksi antara kepekatan minyak pati kayu manis x minggu penyimpanan ke atas skor visual, peratus kehilangan berat dan nilai pH. Jangkamasa penyimpanan pula menunjukkan kesan yang signifikan (P≤0.05) terhadap kesemua parameter yang dikaji. Kawalan dan rawatan 1000ppm mampu mempertahankan kualiti visual sehingga minggu keempat berbanding dengan rawatan lain. Kepekatan minyak pari 500ppm mempengaruhi kehilangan berat paling minimum iaitu 5.37%. Nilai pH paling ringgi pada min 7.43 iaitu pada kepekatan 1000ppm. Kepekatan yang dicadangkan adalah kurang daripada 500ppm. Parameter yang lain tidak sesuai digunakan untuk mengukur kualiti halia yang dirawat bersama minyak pati kayu manis kerana ridak memberikan perbezaan yang jelas. Konklusinya, kajian ini menunjukkan bahawa pelilinan bersama minyak pari kayu manis boleh diaplikasikan kepada halia yang disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia boleh mengurangkan kehilangan berat melebihi 50 peratus berbanding kawalan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Cinnamomum zeylanicum, Ginger, Zingiber officinale, Tambunan, Essential oil
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 31 Jul 2012 08:02
Last Modified: 23 Oct 2017 14:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4482

Actions (login required)

View Item View Item