Azarina Afini Mat Isa (2007) Kanan spektroskopi inframerah terhadap sampel gelatin 'type B'. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000659.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis perbezaan di antara dua sampel gelatin. Sampel yang dipilih adalah serbuk gelatin yang boleh dimakan, bergred bloom 201-210 dan bloom 151-160. Spektrometer inframerah jelmaan Fourier (FT-IR) dengan peri sian OMNIC, digunakan pada gelatin 'Type B' yang berasal daripada kulit dan tulang haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau. Spektra gelatin yang terhasil dibandingkan antara satu sama lain. Didapati kedua-dua sampel gelatin mempunyai bentuk spektra yang hampir sama dari segi keamatan yang sederhana dan bentuk jalur yang lebar pada kedudukan nombor gelombang di antara 3225 dan 3280cm�¹ dan ini bermakna kedua-dua sampel gelatin mempunyai struktur ikatan NH2 dalam kawasan penyerapan amida A. Kedua-dua sample gelatin turut mempunyai struktur ikatan C=0 di kedududukan julat frekuensi di antara 1600 hingga 1700cm�¹ pada kawasan amide I, ikatan NH2 pada kedudukan 1510 dan 1580cm�¹ pada kawasan amida IT dan ikatan CN pada kedudukan 1300 hingga 1400cm�¹ pada kawasan amida III. Perbezaan spektra bagi kedua-dua sampel hanyalah pada kearnatan spektra terutamanya pada bahagian amida II dan amida III yang mungkin dipengaruhi oleh suhu ketika diesktrak, kematangan usia sumber kolagen yang diesktrak, nisbah relatif molekul di dalam setiap sampel dan perbezaan kelikatan (kekuatan bloom) bagi setiap sampel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Gelatin, Gelatin's powder, Spectrometer, Infrared, Collagen, Type B |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry > QD450-801 Physical and theoretical chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 31 Jul 2012 07:59 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 14:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4486 |
Actions (login required)
View Item |