Mohd Fahmy Abdullah (2008) Faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (19MB) |
Abstract
Kajian ini menunjukkan pembuktian terhadap faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Objektif kajian Ini adalah: a) Mengenalpasti faktor penentu pilihan mod pengangkutan sama ada pengangkutan awam dan persendirian ke tempat kerja di Kota Kinabalu; b) Mengetahui isu yang dibangkitkan oleh pekerja mengenai sistem pengangkutan yang digunakan di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini berpandukan kepada pengumpulan data daripada pelbagai kumpulan pekerja di kawasan Kota Kinabalu sama ada menggunakan pengangkutan awam ataupun pengangkutan persendirian. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 260 orang pekerja. Data kajian tersebut telah di analisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Keputusan yang diperolehi berdasarkan kepada logistik regresi (binary dependent variable) menunjukkan "kadar tambang" merupakan faktor pili han bagi pengangkutan awam. Manakala "ketepatan masa" pula merupakan faktor pilihan bagi pengangkutan persendirian. Manakala keputusan menunjukkan faktor "tujuan (kepelbagaian fungsi)", "jarak" dan "gaji (pendapatan)" merupakan faktor yang signifikan terhadap kedua-dua pengangkutan iaitu pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian di bandar raya Kota Kinabalu, Sabah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Mod pengangkutan, Pilihan pengangkutan, Pengangkutan awam, Pengangkutan persendirian, Kota Kinabalu |
Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE305-311 Urban transportation |
Department: | SCHOOL > School of Business and Economics |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Aug 2025 10:01 |
Last Modified: | 11 Aug 2025 10:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44909 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |