Anita Yusup (2013) Pengaruh amalan kepimpinan instruksional dan amalan kepimpinan transformasional terhadap kepuasan kerja guru di sekolah yang mendapat taraf Bai'ah (new deals). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh amalan Kepimpinan Instruksional dan amalan Kepimpinan Transformasional terhadap Kepuasan Kerja Guru di sekolah yang mendapat taraf Bai'ah di daerah Tawau, Sabah.Terdapat tiga alat ukur yang digunakan dalam kajian ini; Amalan Kepimipinan Instruksional menggunakan Principal Instructional Rating Scale (PIMRS) yang dibina oleh Hallinger & Murphy (1987), manakala amalan Kepimpinan Transformasional menggunakan Multifactor Leadership Questionnaires {MLQ) yang diadaptasi daripada Boss dan Avolio (1992) dan Kepuasan Kerja Guru pula diukur menggunakan Job Descriptive Index (JD/) yang diperkenalkan oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969).Dapatan kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach masing-masing ialah 0.975, 0.977 dan 0.902. Seramai 107 orang guru telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Kesemua boring soal selidik yang lengkap telah dipulangkan dan didapati amat berguna serta boleh dikemukakan untuk analisis statistic dengan menggunakan perisian "Statistical Package for Social science" (SPSS), versi 16.0. Persepsi guru-guru terhadap guru besar menunjukkan amalan Kepimpinan Instruksional dan amalan Kepimpinan Transformasional pada tahap yang tinggi. Waiau bagaimanapun Kepuasan Kerja Guru pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan Korelasi amalan Kepimpinan Instruksional dengan Kepuasan Kerja Guru (r=-.119) begitu juga amalan Kepimpinan Transformasional dengan Kepuasan Kerja Guru (r=-.110). Dapatan hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengaruh amalan Kepimpinan Instruksional (/3 = - .815) dan pengaruh amalan Kepimpinan Transformasional (P = -.670 ) bukan peramal yang baik kepada Kepuasan Kerja Guru di sekolah yang mendapat taraf Bal'ah. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah diajukan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kepimpinan Instruksional, Kepimpinan Transformasional, Kepuasan kerja guru, Sekolah taraf Bai‘ah, Tawau, Sabah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2844.52-2844.63 Trade unions |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 14 Aug 2025 11:18 |
Last Modified: | 14 Aug 2025 11:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44943 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |