Fredolin Inggam (2014) Hubungan penghargaan kendiri dengan tingkah laku buli di sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
ABSTRACT.pdf Download (225kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan tingkah laku di sekolah menengah bandar dan luar bandar di Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan di antara pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar dari segi penghargaan kendiri dan tingkah laku buli. Di samping itu, kajian ini turut mengkaji sama ada terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi penghargaan kendiri (self esteem) dan tingkah laku buli. Seramai 300 orang responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Sahagian A mengukur penghargaan kendiri dan Bahagian B mengukur tingkah laku buli oleh Noran (1995). Hipotesis diuji dengan menggunakan analisis korelasi Pearson untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan tingkah laku buli. Manakala, ujian-t digunakan untuk mengukur perbezaan di antara pelajar lelaki dengan perempuan dan sekolah bandar dengan luar bandar dari segi penghargaan kendiri (self esteem) dan tingkah laku buli. Waiau bagaimanapun, ujian kenormalan menunjukkan penghargaan kendiri (self-esteem) mempunyai tahap kenormalan yang normal manakala bagi tingkah laku buli menunjukkan tidak normal. Oleh sebab itu, ujian non-parametrik telah dijalankan dan menunjukkan bukannya analisis korelasi Pearson tetapi analisis korelasi Spearman. Begitu juga dengan Ujian-t digantikan dengan ujian Mann-Whitney U.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Penghargaan kendiri, Tingkah laku buli, Sekolah menengah bandar, Sekolah menengah luar bandar, Pelajar lelaki dan perempuan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Aug 2025 10:33 |
Last Modified: | 15 Aug 2025 10:33 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44953 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |