Haerana Abdul Aziz (2014) Hubungan kepimpinan dan pengurusan bilik darjah guru dengan motivasi pelajar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan melihat hubungan kepimpinan dan pengurusan bilik darjah guru dengan motivasi pelajar. Kajian ini turut mengkaji perbezaan tahap motivasi pelajar mengikut jantina. Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Ujian korelasi Pearson 'r' digunakan untuk menentukan kesignifikan dan kekuatan hubungan antara pembolehubah bebas kepimpinan dan pengurusan bilik darjah dengan pembolehubah bersandar motivasi pelajar. Ujian-t pula digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi pelajar mengikut jantina. Instrument yang digunakan ialah soal selidik. Populasi dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan dua sekolah menengah daerah Tawau dan sampel kajian seramai 400 pelajar. Data yang diperolehi dianalisis mengunakan program SPSS ( Statistical Package for Sosial Science) versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap motivasi pelajar mengikut jantina (p=.02, p<.01). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan yang dominan diamalkan di sekolah dengan motivasi pelajar (r=161, p<.01). Terdapat hubungan yang signifikah kepimpinan guru dengan motivasi pelajar (r=.257, p<.01). Terdapat hubungan yang signifikan pengurusan bilik darjah dengan motivasi pelajar (r=.368, p<.01) dan juga terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan dan pengurusan bilik darjah dengan motivasi pelajar (r=.360, p<.01). Akhir sekali, dicadangkan kajian lanjutan yang berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan bilik darjah, dari segi meluaskan bidang kajian dan juga menambah bilangan populasi dan sampel.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kepimpinan guru, Pengurusan bilik darjah dan motivasi pelajar |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Aug 2025 10:34 |
Last Modified: | 15 Aug 2025 10:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44954 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |