Diana Farhana Mohd Radzi (2007) Mencirikan kematangan buah kelapa pandan (Aromatic green dwarf) dengan menggunakan MRI. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000662.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini menggunakan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan penggunaan modaliti MRI di dalam mencirikan morfologi isi buah kelapa Pandan (Aromatic Green Dwarf) iaitu komponen isi, air, tempurung dan sabut berdasarkan kepada imej MRI. Teknik 'Fast Spin Echo' (FSE) telah dipilih untuk memperolehi 'T1-Weighted', 'T2-Weighted' dan 'Proton Density' di dalam mencirikan morfologi kontras isi kelapa. Selain itu, teknik STIR (Short T1 Inversion Recovery) dan FLAIR (Fluid Attenuation Inversion Recovery) juga telah digunakan untuk menganalisis komponen kelapa apabila isyarat pemagnetan lemak atau cecair dinyahkan daripada imej. Perbandingan juga telah dilakukan dengan satu kajian yang lepas. Buah-buah kelapa dikelaskan kepada tiga kategori iaitu sangat muda, muda dan tua. Hipotesis yang dijangka di dalam kajian ini iaitu terdapat perbezaan bagi setiap imej mengikut tahap kematangan masing-masing dan telah berjaya ditunjukkan. Imej MRI telah diperoleh dari daripada Jabatan Radiologi Hospital Universiti Sains Malaysia Kajian ini ialah yang pertama kali dijalankan di Asia Tenggara.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Morphology maturity Coconut's pulp, Coconut pulp, Magnetic Resonance Imaging (MRI) |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB354-402 Fruit and fruit culture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 01 Aug 2012 14:49 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 14:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4496 |
Actions (login required)
View Item |