Hubungan antara faktor-faktor kreativiti dengan efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah

Roslah Abdulaib (2013) Hubungan antara faktor-faktor kreativiti dengan efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (815kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor yang mendorong kreativiti dengan efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah. Data dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik dan Teachers' Sense of Efficacy Scale (TSES) yang melibatkan 93 orang guru prasekolah di 123 buah prasekolah di Sahagian Kudat. Analisis ujian t-test mendapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga faktor kreativiti dan tahap efikasi dalam kalangan guru prasekolah mengikut jantina kecuali faktor kreativiti (gaya berfikir). Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang mendorong kreativiti ialah faktor motivasi (min 4.23) sementara tahap efikasi kendiri adalah tinggi (min 3.89). Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif dan sederhana yang signifikan antara faktor-faktor kreativiti dengan efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan peramal efikasi-kendiri guru prasekolah terdiri daripada dua pemboleh ubah iaitu faktor motivasi (Beta=.323, p=.000) dan faktor gaya berfikir (Beta=.129, p=.009). Faktor-faktor ini hanya dapat menerangkan 31.7% varians efikasi kendiri guru prasekolah. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa terdapat pemboleh ubah lain yang mempengaruhi efikasi kendiri guru prasekolah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan kepada pihak sekolah, pihak Kementerian Pelajaran dan penyelidik lanjutan dikemukakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kreativiti guru, Efikasi kendiri, Guru prasekolah, Faktor motivasi, Gaya berfikir
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB848-3697 Demography. Population. Vital events
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Aug 2025 10:54
Last Modified: 15 Aug 2025 10:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44974

Actions (login required)

View Item View Item