Norcikeyonn Samuni and Suhailah Abdul Muin and Nor-Ina Kanyo (2025) Evaluasi tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar UMSKAL berkaitan kursus integriti dan antirasuah: Implikasi terhadap kurikulum pendidikan tinggi. Malaysian Online Journal of Educational Sciences (MOJES), 9 (1). pp. 65-79. ISSN 2289-3024
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (430kB) | Request a copy |
Abstract
Pengenalan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif proaktif dalam mereformasi kurikulum ke arah melahirkan graduan beretika dan berintegriti. Kajian ini menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap KIAR serta implikasinya terhadap pengukuhan nilai dalam kurikulum pendidikan tinggi. Peningkatan kes rasuah, termasuk penglibatan golongan muda, mengukuhkan keperluan pendidikan nilai yang lebih menyeluruh di IPT. Bagi tujuan ini, kajian awal telah dilaksanakan melibatkan 66 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang telah mengikuti kursus KIAR. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik atas talian menggunakan platform Microsoft 365 Office, dan dianalisis menerusi teknik frekuensi dan skala Likert. Tiga objektif utama kajian ialah menilai tahap pengetahuan pelajar tentang KIAR, menganalisis pengaruhnya terhadap pengamalan nilai integriti, serta mengenal pasti implikasi terhadap penambahbaikan kurikulum. Dapatan menunjukkan bahawa kursus ini berupaya meningkatkan pengetahuan asas pelajar berkaitan integriti dan antirasuah. Walau bagaimanapun, pelajar masih menunjukkan tahap pemahaman yang terhad terhadap konsep-konsep tertentu, khususnya dalam membezakan antara rasuah dan pemberian hadiah. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan kurikulum yang lebih holistik dan relevan dalam usaha memperkukuh nilai integriti dalam kalangan warga IPT.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Integriti, Antirasuah, Kurikulum Pendidikan Tinggi, Penilaian Pelajar, Reformasi Kurikulum |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General) > Q300-390 Cybernetics |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
Date Deposited: | 22 Aug 2025 10:21 |
Last Modified: | 22 Aug 2025 10:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45033 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |