Peranan golongan wanita berkerjaya dalam pembangunan dakwah di Sabah: Mendepani era pasca modenisme

Nur Faizatul Zehan Saari and Nur Ilma Ambo and Siti Hanisah Sabri and Salmah S.Hassan (2025) Peranan golongan wanita berkerjaya dalam pembangunan dakwah di Sabah: Mendepani era pasca modenisme. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 10. pp. 653-670. ISSN 0128-1763

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (478kB) | Request a copy

Abstract

Dalam menghadapi rempuhan budaya luar dalam arus evolusi sains dan teknologi hari ini, penyebaran ideologi dan fahaman yang bersifat radikal lebih pantas tersebar berikutan dari impak globalisasi dunia tanpa sempadan. Seluruh dunia termasuk negara Malaysia tidak terkecuali berhadapan dengan gelombang pengaruh dan ancaman idea pasca modenisme ke dalam jiwa dan pemikiran umat Islam. Gerakan ini membawa fahaman rasionalisme bertunjangkan kehebatan akal sebagai fundamental dalam kehidupan dan fahaman hedonisme sebagai matlamat hidup seterusnya menolak wahyu dan kebenaran. Penglibatan wanita berkerjaya khususnya di Sabah dalam pembangunan dakwah di era pasca modenisme ini sangat mendesak lebih-lebih lagi dengan kerencaman permasalahan umat semasa dan menjadi lebih signifikan berikutan situasi global hari ini yang kompleks. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas dengan lebih lanjut peranan wanita berkerjaya dalam pembangunan dakwah di Sabah mendepani cabaran dan ancaman fahaman pasca modenisme. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah utama pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian adalah melalui analisis kandungan dan pelaksanaan temu bual separa struktur. Temu bual dijalankan melalui proses rakaman dalam bentuk audio, kemudian ditranskripsikan secara verbatim dan seterusnya dianalisis secara manual menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati wanita berkerjaya merupakan di antara tonggak yang menguatkan pembangunan institusi dakwah dalam memberikan wadah aspirasi dan berupaya berinteraksi dengan kepelbagaian isu permasalahan yang timbul dalam berhadapan dengan rempuhan ideologi pasca modenisme ini. Ini membuktikan bahawa wanita berkerjaya di Sabah berpotensi untuk membawa dimensi baru dalam landskap dakwah di negeri ini. Bertitik tolak dari keupayaan mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam menyebarkan dakwah di samping tanggungjawab yang digalas menunjukkan keberkesanan dan kehebatan wanita dalam memupuk aspirasi menerajui pembentukan rohani masyarakat Islam di Sabah. Selain itu juga, menerusi kajian ini dapat dilihat bahawa penglibatan mereka dalam pembangunan dakwah dengan mengguna pakai strategi pengukuhan kekuatan dari segi intelektual, spiritual, mampu mengendalikan emosi dan bijak menguruskan masa dengan efisien merupakan praktik yang berkesan dalam memastikan mesej Islam terus relevan dalam masyarakat moden. Bagi mengoptimumkan potensi ini lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran modenisasi maka, kesediaan semua pihak dalam menyokong dan membantu usaha dakwah yang berterusan adalah sangat penting dan harus diperkasakan dengan lebih holistik.

Item Type: Article
Keyword: Peranan, Wanita berkerjaya, Dakwah, Sabah
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2025 12:34
Last Modified: 26 Aug 2025 12:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45045

Actions (login required)

View Item View Item