Integrasi Usul Fiqh dalam pemberian rukhsah solat kepada pesakit di Hospital Mesra Muslim: Tinjauan berdasarkan perspektif Mazhab Shafi’i

Suhailah Abd Muin and Siti Nurhafizan Panglima and Mohd Nor Azan Abdullah and Atika Farhain Ali and Ahmad Raghi Ali (2025) Integrasi Usul Fiqh dalam pemberian rukhsah solat kepada pesakit di Hospital Mesra Muslim: Tinjauan berdasarkan perspektif Mazhab Shafi’i. International Journal Of Modern Education, 7. pp. 931-946.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (755kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti integrasi prinsip Usul Fiqh dalam pemberian rukhsah solat kepada pesakit di hospital mesra Muslim berdasarkan perspektif Mazhab Shafi‘i. Dalam persekitaran rawatan moden, pesakit sering mengalami keterbatasan dalam melaksanakan solat secara sempurna akibat kekangan fizikal dan keadaan kesihatan. Islam, melalui konsep rukhsah, menyediakan kelonggaran tertentu dalam pelaksanaan ibadah, termasuk solat, bagi golongan ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada bagaimana prinsip-prinsip Usul Fiqh seperti al-masyaqqah tajlib al-taysir (kesukaran membawa kemudahan), darurat, dan istihsan diaplikasikan dalam menjustifikasikan keringanan hukum dalam konteks hospital. Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti kaedah penetapan rukhsah solat menurut Mazhab Shafi‘i, menganalisis amalan di hospital mesra Muslim, serta menilai tahap kefahaman dan pelaksanaan rukhsah dalam kalangan pesakit. Diharap penulisan ini dapat memberikan panduan yang sahih dan praktikal kepada pengamal kesihatan serta pesakit dalam menjaga kewajipan solat walaupun dalam situasi mencabar, di samping memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan ibadah dalam rawatan holistik berteraskan syariah.

Item Type: Article
Keyword: Usul Fiqh, Rukhsah Solat, Pesakit, Mazhab Shafi‘i, Hospital Mesra Muslim
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP166-166.94 Theology (Kalam)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP188-190 Islamic religious life
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Aug 2025 14:14
Last Modified: 26 Aug 2025 14:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45056

Actions (login required)

View Item View Item