Sharifah Darmia Binti Sharif Adam and Siti Aidah Binti Lukin @ Lokin (2025) Pengetahuan lokal dalam budaya dan adat resam pelbagai etnik di Sabah.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (316kB) | Request a copy |
Abstract
Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai keunikan tersendiri kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, agama dan bahasa. Terdapat pelbagai pandangan mengenai asal usul penduduk di negeri Sabah. Berdasarkan kajian arkeologi yang telah dilakukan di Gua Madai, Gua Baturong (Lahad Datu), Bukit Tengkorak (Semporna), Gua Tapadong (Segama) dan Lembah Tingkayu (Kunak) membuktikan bahawa sejarah pendudukan manusia yang awal di Sabah hanya dapat dijejak sehingga 28,000 tahun dahulu. Sabah merupakan negeri yang menjadi kediaman bagi pelbagai etnik. Penduduk Sabah terdiri daripada lebih kurang 41 kumpulan etnik dan subkumpulan etnik yang menggunakan lebih kurang 50 bahasa dan menuturkannya dalam tidak kurang 80 dialek. Kepelbagaian etnik turut menjadikan Sabah kaya dengan pelbagai budaya dan amalan adat resam penduduknya. Walaupun perbezaan budaya dan adat resam bukan satu halangan terhadap keharmonian masyarakat tetapi keadaan ini sudah tentu mempunyai implikasi terhadap pengetahuan pelbagai etnik di Sabah. Dengan kata lain kepelbagaian budaya dan adat resam mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pengetahuan lokal pelbagai etnik di Sabah. Pengetahuan lokal ini memberikan manfaat terhadap kelestarian pembangunan manusia di negari Sabah. Namun begitu, perbincangan dalam kajian ini hanya akan difokuskan terhadap sejauh manakah budaya dan adat resam memberikan implikasi terhadap pengetahuan lokal pelbagai etnik di Sabah. Kajian akan dilaksanakan menggunakan kaedah pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kajian arkib, kajian perpustakaan dan temu bual. Selain itu, kaedah pendekatan kuantitatif juga digunakan melalui soal selidik untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik polisi khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap pemuliharaan pengetahuan lokal supaya terus diwarisi dan diamalkan oleh generasi muda di Sabah.
| Item Type: | Proceedings |
|---|---|
| Keyword: | Adat resam, budaya, etnik Sabah, pengetahuan lokal. |
| Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS501-518.9 East Asia. The Far East > DS518.15-518.9 Relation of individual countries to East Asia N Fine Arts > NA Architecture > NA1-9428 Architecture > NA4100-8480 Special classes of buildings > NA4170-8480 Classed by use > NA7100-7884 Domestic architecture. Houses. Dwellings |
| Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 04 Sep 2025 15:58 |
| Last Modified: | 04 Sep 2025 15:58 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45098 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

