Carnelia bt Rasin @ Antonia Rosin (2013) Pengaruh status sosio-ekonomi dan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian matematik sekolah rendah: Kajian di lima buah sekolah di zon 1 daerah Tambunan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap sosio ekonomi ibubapa dan tahap penglibatan ibubapa di rumah dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di kawasan Zon 1 Daerah Tambunan. Seramai 100 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini. Sosio ekonomi ibubapa diukur dari aspek pendapatan, pekerjaan, perbincangan, penyeliaan dan komunikasi ibubapa di rumah. Pencapaian akademik pelajar merujuk kepada keputusan peperiksaan penggal kedua. Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai instrument kajian dengan kesahan dan kebolehpercayaan ialah 0.912 (Nilai pekali kebolehpercayaan alpha). Data-data kajian dikumpul dan dianalisis menggunakan "Statistical Package For Social Science' (SPSS). Hasil kajian mendapati tahap sosio ekonomi ibubapa ialah (min=l.53) iaitu sederhana manakala tahap penglibatan ibubapa di rumah ialah (min=3.28) iaitu sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara SSE dengan pencapaian matapelajaran Matematik pelajar (r=436, p=000, p<0.01). Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibubapa dengan pencapaian matapelajaran Matematik pelajar iaitu (r=395, p=000, p<0.01). Penemuan kajian ini mendapati status sosio ekonomi dan penglibatan ibubapa merupakan faktor penting yang berkaitan dengan pencapaian akademik.Tumpuan harus diberikan kepada penglibatan ibubapa di rumah secara khusus.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Sosio ekonomi ibubapa, Penglibatan ibubapa di rumah, Pencapaian akademik pelajar, Matematik |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC68-70 Demographic aspects of education |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 04 Sep 2025 15:50 |
| Last Modified: | 04 Sep 2025 15:50 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45148 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

