Hubungan antara pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad Ke-21 dengan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah

Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli and Roslee Bin Talip and Soon Singh A/L Bikar Singh and Rosy Talin and Lee Bih Ni and Tan Choon Keong and Mad Noor B. Madjapuni (2020) Hubungan antara pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad Ke-21 dengan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5. pp. 179-187. ISSN 2504-8562

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (363kB) | Request a copy

Abstract

Penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 amat penting bagi membentuk sahsiah murid yang mapan dalam pelbagai aspek seperti yang digariskan dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK). Kajian korelasi ini dijalankan bagi mengkaji hubungan pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 dengan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk bukan eksperimen dan kaedah kuantitatif. Seramai 209 orang guru SKM dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih menggunakan kaedah pensamplean rawak mudah. Instrumen soal selidik pula digunakan bagi mengukur variabel-variabel kajian. Data mentah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan analisis statistik inferensi yang melibatkan ujian Korelasi Pearson. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan yang kuat antara pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke21 dengan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah (r=0.88, P<0.05). Dapatan kajian ini memberi maklumat berguna berkaitan dengan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 dan pembentukan sahsiah murid yang diharap dapat memberikan sumbangan ke arah memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan.

Item Type: Article
Keyword: value approach, forming of the student’ personality, Under-Enrolled School (SKM)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure > HD1361-1395.5 Real estate business
Department: FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 23 Sep 2025 17:14
Last Modified: 23 Sep 2025 17:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45189

Actions (login required)

View Item View Item