Geologi am dan geokimia di kawasan Kinasaraban, Kundasang, Sabah

Belinda Ellensy AK Tiam @ Liam (2007) Geologi am dan geokimia di kawasan Kinasaraban, Kundasang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000672.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar kawasan Kinasaraban, Kundasang. Keluasan kawasan kajian adalah sekitar 96 km persegi dan terletak pada Longitud 116 ̊ 32' T hingga 116 ̊37' T dan latitud 5° 55' U hingga 6 ̊ 00'. Secara umumnya kawasan terdiri daripada Formasi Trusmadi, Formasi Crocker dan Kerikil Pinousuk. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sifat fizik dan kimia sampel tanah di kawasan kajian. Kajian ini melibatkan kerja-kerja persampelan di lapangan dan analisis makmal. Sebanyak tiga puluh lapan (38) sampel diambil mengikut jenis tanah. Sampel-sampel terdiri daripada tujuh belas (17) sampel tanah Formasi Crocker, dua belas (12) sampel dari Formasi Trusmadi dan sembilan (9) sampel dari Kerikil Pinousuk. Satu profil tanah dari Formasi Crocker dikenalpasti dan analisis makmal turut dilakukan. Sampel dari Zon A menunjukkan kandungan kelembapan dan bahan organik yang tinggi berbanding zon lain. Unsur-unsur surih seperti Pb, Cr, eu dan Zn dalam sampel tanah dilakukan AAS untuk mengetahui kadar kepekatannya. Unsur Zn menunjukkan kepekatan yang sangat tinggi berbanding unsur lain iaitu berjulat dari 0.18 hingga 25.39 bpj.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Trusmadi formation, Crocker formation, Pinousuk Gravel, Kinasaraban, Kundasang, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Aug 2012 15:48
Last Modified: 23 Oct 2017 14:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4521

Actions (login required)

View Item View Item