Proses pengendalian pasca-tuai alga merah yang berkepentingan komersial Eucheuma Denticulatum (Gigartinales, Rhodophyta)

Rosnita Razalie (2006) Proses pengendalian pasca-tuai alga merah yang berkepentingan komersial Eucheuma Denticulatum (Gigartinales, Rhodophyta). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Alga merah genus Eucheuma/Kappaphycus merupakan spesies berkepentingan komersial kerana keupayaanya untuk menghasilkan fikokoloid Karaginan. Pemprosesan pasca-tuai alga ini lazimnya melibatkan pengeringan secara terus di bawah sinaran matahari (Teknik Konventional) yang boleh mengakibatkan penyahasilan sebatian nutraceutikal dan komponen-komponen kimia penting, selain menghasilkan sebatian toksik seperti "noligeenan". Oleh itu, lnovasi telah dijalankan bertujuan untuk men\1gkatkan kualiti alga yang lazimnya diproses menggunakan teknik konventional. Teknik I novasi melibatkan pengeringan alga dalam bilik (P-1) dengan (i) suhu., (ii) indeks aktiviti air, dan (iii) keamatan cahaya yang terkawal. Teknik pemprosesan konventional melibatkan pengeringan alga secara terus di bawah sinaran matahari (P-2) pada persekitaran terbuka. Proses ini dijalankan selama 28 hari dan perbandingan kualiti alga dinilai berdasarkan (i) pengekstrakan dan pengecaman karaginan., (ii) kandungan nutrisi., (protein, asid amino, lipid, asid lemak dan logam berat), (ii) potensi antibakteria ekstrak mentah alga, dan (iv) dinamik bilangan bakteria pada permukaan alga. Kajian tekstur permukaan alga dijalankan menggunakan Mikroskop Pengimbas Elektron. Jelas diperhatikan sel alga proses P-1 tersusun padat dan seragam, manakala sel alga proses P-2 mengecut dan tersusun longgar. Penemuan daripada penyelidikan ini menunjukkan alga proses P-1 mempunyai kualiti yang lebih tinggi dari segi warna, kandungan asid lemak, asid amino serta kandungan bakteria berbanding alga yang dikeringkan dalam pro!.}es P-2. Alga pada proses P-1 didapati tidak mengandungi koloid (karaginan) bersaiz kurang daripada 100,000 Dalton. Koloid ini wujud sebanyak 8% dalam alga proses P-2. Secara keseluruhannya, alga proses P-1 menunjukkan kualiti serta potensi bioaktif yang lebih baik berbanding alga proses P-2.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Eucheuma, Kappaphycus, Red algae, Seaweed drying techniques, Carrageenan extraction, Nutraceutical compounds
Department: INSTITUTE > Borneo Marine Research Institute
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Sep 2025 09:54
Last Modified: 29 Sep 2025 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45216

Actions (login required)

View Item View Item