Othman Leon (2004) Sikap guru pelatih terhadap pementoran di sebuah maktab perguruan di Sabah sewaktu menjalani latihan mengajar pada semester enam. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (913kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sikap guru-guru pelatih semester enam (akhir) terhadap proses pementoran yang mereka lalui sewaktu latihan mengajar. Aspek pementoran yang disentuh dalam kajian ini termasuklah peranan-peranan yang dimainkan oleh mentor, hubungan mentor-mentee sewaktu pementoran dan kualitikualiti yang seharusnya dimiliki oleh setiap mentor. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang telah menjalani praktikum mereka selama empat belas minggu. Kajian ini berlandaskan kepada perspektif teori pembelajaran Vygotsky iaitu Zan Perkembangan Proksimal, dan Teori Perantisan Kognitif yang berkaitan dengan pembelajaran dan interaksi. Kajian ini juga berlandaskan premis bahawa bagi mempastikan mentor dan mentee mendapat manfaat yang maksimum hasil dari proses pementoran ini, gabungan model-model pementoran iaitu Model Perantisan, Model Kompetensi dan Model Reflektif adalah perlu. Empat persoalan kajian telah dikemukakan bagi tujuan kajian ini dan instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data iaitu soal selidik dan temuduga berstruktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS manakala untuk data kualitatif, senarai atribut yang telah dikenal pasti terlebih awal digunakan. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih sama ada sangat bersetuju atau setuju bahawa pelbagai peranan yang telah dimainkan oleh mentor telah membantu mereka dalam perkembangan dan kemajuan diri dari segi profesional, bahawa hubungan mentor-mentee yang baik adalah penting bagi kejayaan pementoran, dan juga sepuluh kualiti mentor yang dinyatakan telah banyak membantu guru-guru pelatih berkembang secara profesional dan personal. Kesimpulannya, guru-guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap proses pementoran kerana pementoran telah dapat meningkatkan potensi diri guru-guru pelatih dari aspek profesional dan personal. Dapatan kajian ini mungkin boleh digunakan di maktab-maktab perguruan lain di Malaysia.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Pementoran, Mentor-mentee, Guru pelatih, Latihan mengajar, Praktikum perguruan, Kualiti mentor, Hubungan profesional |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1771-1773 Certification of teachers |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 30 Sep 2025 09:46 |
| Last Modified: | 30 Sep 2025 09:46 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45263 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

