Peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah di dua buah sekolah menengah daerah Sipitang Sabah

Annie Sawali (2004) Peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah di dua buah sekolah menengah daerah Sipitang Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (937kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat persepsi guru terhadap peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah mengikut jantina, kategori perkhidmatan dan kumpulan umur di dua buah sekolah menengah daerah Sipitang. Berasaskan model Epstein (1991), penglibatan ibu bapa dikategorikan kepada enam aspek iaitu sukarelawan, keibubapaan, komunikasi, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan kerjasama dengan komuniti. Seramai 121 orang guru di SMK Pengiran Omar dan SMK Padang Berampah dipilih sebagai responden kajian. lnstrumen kajian menggunakan seal selidik dengan skala likert empat mata. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ditentukan melalui ujian Alpha Cronbach. Analisis deskriptif persepsi guru terhadap peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah bagi semua aspek yang dikaji adalah pada tahap sederhana. Hasil Ujian-t dan Analisis Varian Sehala (ANOVA) mendapati tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah antara guru lelaki dan perempuan, guru siswazah dan bukan siswazah, dan kumpulan umur. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap peranan sekolah dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah berkaitan aspek komunikasi dan pembelajaran di rumah antara guru lelaki" dan perempuan, guru siswazah dan bukan siswazah, dan kumpulan umur. Manakala dapatan menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan berkaitan aspek keibubapaan dan membuat keputusan antara kumpulan umur. Selain itu, dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan berkaitan aspek sukarelawan dan kerjasama dengan komuniti antara guru lelaki dan perempuan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penglibatan ibu bapa, Persepsi guru, Aktiviti sekolah, Komunikasi sekolah-ibu bapa, Sukarelawan sekolah, Keibubapaan
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Sep 2025 11:41
Last Modified: 29 Sep 2025 11:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45266

Actions (login required)

View Item View Item