Ramlah Alias (2004) Kesukaan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (10MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kesukaan gaya betajar di kalangan pelajar Tingkatan 4 SMK Badin, Tuaran, Sabah. Bagi mencapai matlamat kajian, model gay a be la jar Dunn dan Dunn telah disesuaikan. Model ini telah mencadangkan lima faktor ( dua puluh tiga elemen subskala gaya belajar) yang mampu mengenal pasti kesukaan gaya belajar individu. Lima faktor tersebut adalah persekitaran, emosi, sosiotogikal, fizikal-fisiologikal dan psikologikal. Waiau bagaimanapun kajian ini hanya tertumpu kepada empat faktor sahaja iaitu persekitaran, emosi, sosiologikal dan fizikal-fisiologikal dan 22 elemen subskala gaya belajar. Fokus kajian adalah untuk melihat adakah terdapat perbezaan gaya belajar yang disukai antara pelajar lelaki dan perempuan, adakah terdapat perbezaan gaya belajar yang disukai antara pelajar aliran sains dan kemanusiaan. Dalam kajian ini pembolehubah bebas adalah atribut pelajar iaitu jantina lelaki dan perempuan dan aliran akademik iaitu sains dan kemanusiaan manakala pembolehubah bersandar pula adalah dua puluh dua elemen subskala gaya belajar. Kajian ini berbentuk tinjauan. Seramai 405 pelajar-pelajar Tingkatan 4 telah dipilih sebagai sampel kajian. lnstrumen kajian adalah satu set soal selidik iaitu Leaming Style Inventory (LSI) versi 1989 ciptaan Dunn, Dunn dan Price yang mengandungi 104 kenyataan. Satu kajian rintis telah dijalankan di SMK Tamparuli, Sabah untuk menguji kebolehpercayaan instrumen tersebut. Semua data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk tujuan pemangkatan min gaya belajar yang disukai pelajar dan ujian -t telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Secara keseluruhan kajian mendapati gaya belajar pelajar lelaki sains dan pelajar lelaki kemanusiaan mempunyai perbezaan yang signifikan dalam tiga elemen subskala seperti cahaya, suhu dan pelbagai cara belajar. Gaya belajar pelajar perempuan sains dan perempuan kemanusiaan terdapat perbezaan yang signifikan dalam lapan elemen subskala. Gaya belajar pelajar lelaki sains dan perempuan sains tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Manakala gaya belajar pelajar lelaki aliran kemanusiaan dan perempuan kemanusiaan juga berbeza dalam tiga elemen subskala gaya belajar. Kajian ini adalah sebagai satu langkah permulaan untuk bergerak kepada kajian yang lebih mendalam untuk mengetahui dan memahami gaya belajar pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah dan istitusi pengajian tinggi. Bidang ini dijangka penting kepada pendidik yang berdepan dengan pelajar pelbagai latar belakang dan kebolehan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Learning styles, Dunn and Dunn Learning Style Model, Learning Style Inventory, Secondary school students, Science stream students |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 29 Sep 2025 16:27 |
| Last Modified: | 29 Sep 2025 16:27 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45273 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

