Ramli Dollah and Amrullah Maraining, eds. (2025) Pengurusan Pantai Timur Sabah 2025. Penerbit UMS, Kota Kinabalu, Sabah. ISBN 978-62-9-766242-8
|
Text
TEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Pantai Timur Sabah atau wilayah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESS Zone), merupakan kawasan yang sangat strategik kerana kedudukannya di Sempadan Tiga Negara atau Tri-Border Area (TBA). Kedudukan geografi yang bersempadan laut dengan selatan Filipina dan darat dengan Indonesia menjadikannya kawasan berisiko tinggi terhadap pelbagai ancaman tradisional dan bukan tradisional. Berhadapan dengan ancaman ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan keamanan, keselamatan, dan kestabilan di wilayah ini. Pendekatan yang diambil tidak terhad kepada penubuhan agensi keselamatan seperti ESSCOM, operasi ketenteraan atau penempatan aset keselamatan semata-mata, tetapi turut merangkumi inisiatif bukan ketenteraan seperti penglibatan bersama komuniti, perang psikologi dan pembangunan sosio-ekonomi bagi memperkukuh daya tahan masyarakat setempat. Selain usaha unilateral, Malaysia juga terlibat secara langsung dalam kerjasama serantau melalui diplomasi dan kolaborasi keselamatan bilateral, trilateral, dan multilateral. Inisiatif seperti dasar memakmurkan jiran, Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) dan BIMP-EAGA memperlihatkan komitmen Malaysia dalam memastikan keselamatan di kawasan sempadan secara bersepadu dan berkesan. Buku ini mengupas secara komprehensif pendekatan menyeluruh kerajaan Malaysia dalam mengurus keselamatan di Pantai Timur Sabah, sekaligus menunjukkan kesungguhan negara dalam melindungi wilayah yang strategik ini. Diharapkan buku ini menjadi rujukan berguna dalam memahami usaha berterusan Malaysia dalam memperkukuh keselamatan di kawasan ini.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Keyword: | Pantai Timur Sabah, Eastern Sabah Security Zone, National security, Malaysia, Border security |
| Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo U Military Science > UA Armies: Organization, distribution, military situation > UA10-997 Armies: Organization, distribution, military situation > UA21-885 By region or country |
| Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 01 Oct 2025 09:23 |
| Last Modified: | 01 Oct 2025 09:23 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45305 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

