Nur Syazwani Japran and Habibah @ Artini Ramlie (2025) Model pembangunan peribadi muslim berasaskan perspektif teori Ibnu Khaldun: Satu tinjauan awal. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 10. pp. 922-940.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (497kB) | Request a copy |
Abstract
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani. Namun, masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak kalangan remaja semakin membimbangkan terutamanya dari sudut tingkah laku mereka. Hal ini kerana kepesatan peredaran zaman menjadikan masalah tingkah laku remaja meningkat bahkan semakin hari terpengaruh dengan persekitaran yang pelbagai. Persekitaran negatif mampu memberikan impak buruk terhadap akhlak remaja namun sekiranya persekitaran itu dididik dengan penghayatan agama maka akan lahirnya tingkah laku positif sehingga terbinanya sahsiah keperibadian Muslim. Oleh itu, kertas ini akan membincangkan pembangunan model keperibadian Muslim berpandukan Teori Persekitaran Ibnu Khaldun. Kajian memfokuskan Teori Persekitaran Ibnu Khaldun dan menjadikan Teori Bronfenbrenner sebagai sokongan dalam membina model keperibadian Muslim. Selain itu, bagi membangun model ini, penelitian dijalankan berdasarkan dua aspek iaitu faktor pembentukan sahsiah keperibadian Muslim dan cabaran membentuk sahsiah keperibadian Muslim. Metode kajian menggunakan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati persekitaran memberikan kesan terhadap perkembangan tingkah laku seseorang. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membantu sebagai satu rujukan dalam membina keperibadian Muslim dalam diri remaja dan menyumbang kepada penyelesaian bagi membendung tingkah laku negatif.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Ibnu Khaldun, Teori Persekitaran, Keperibadian Muslim |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP173.25-173.45 Islamic sociology Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology |
| Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 13 Oct 2025 15:42 |
| Last Modified: | 13 Oct 2025 15:42 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45329 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

