Anna @ Anne Joseph (2007) Pengetahuan headcount guru dan strategi peningkatan prestasi akademik pelajar di sekolah menengah: Satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES..pdf Download (2MB) |
|
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (17MB) |
Abstract
kajian ini bertujuan untuk mengesan sama ada terdapat ataupun tidak terdapat hubungan antara pengetahuan Headcount guru-guru dengan strategi peningkatan prestasi akademik pelajar PMR di sekolah kajian. Fokus utama kajian ini adalah untuk (1) mengesan (2) mengesan perbezaan tentang keperluan Headcount berdasarkan kategori guru; (3) mengesan perbezaan tentang pelaksanaan Headcount berdasarkan kategori guru; (4) mengesan perbezaan pengetahuan guru berdasarkan tempoh masa bertugas; (5) mengesan perbezaan pelaksanaan Headcount berdasarkan tempoh masa bertugas; (6) hubungan antara pengetahuan guru-guru tentang Headcount dengan strategi peningkatan akademik yang diamalkan; (7) hubungan antara keperluan Headcount dengan strategi peningkatan akademik di sekolah; dan (8) hubungan antara pelaksanaan Headcount dengan strategi peningkatan akademik yang diamalkan. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif kuantitatif dan kaedah yang digunakan adalah kajian kes di sebuah sekolah menengah di daerah Papar. Sampel kajian terdiri daripada 65 orang guru. kajian ini menggunakan soal setidik yang merangkumi aspek latar belakang akademik responden, pengetahuan tentang konsep Headcount, keperluan Headcount, pelaksanaan Headcount, dan strategi peningkatan akademik yang diamalkan. Analisis data kajian ini menggunakan statistik kekerapan dan peratusan, serta Analisis ANOVA satu hala, Ujian Perbezaan Berganda Kaedah Tukey dan Korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pengetahuan konsep Headcount dalam kalangan guru; terdapat hubungan signifikan antara tempoh masa bertugas guru dengan pengetahuan Headcount; dan terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan Headcount, keperluan Headcount dan pelaksanaan Headcount dengan strategi peningkatan akademik pelajar. Kajian ini mengesyorkan supaya kajian lanjutan berkaitan dengan Headcount memberi penumpuan kepada keberkesanan Headcount sebagai suatu alat dalam strategi peningkatan prestasi akademik.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Headcount, Pengetahuan guru, Prestasi akademik pelajar, Guru sekolah menengah, Pentaksiran pendidikan, Analisis ANOVA, Korelasi Pearson |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 13 Oct 2025 15:39 |
| Last Modified: | 13 Oct 2025 15:39 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45332 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

