Salmah S Hassan and Habibah @ Artini Ramlie and Nur Ilma Ambo and Norsimah Dasan and Dg. Hafizah Ag. Basir (2025) Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penghayatan akhlak remaja di sekolah luar bandar Sabah: Tinjauan dari perspektif pendidikan Islam. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 10. pp. 340-354. ISSN 0128-164X
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (509kB) | Request a copy |
Abstract
Penghayatan akhlak dalam kalangan remaja adalah aspek penting dalam pembentukan jati diri dan sahsiah yang mulia. Kajian ini memfokuskan kepada golongan remaja di sekolah luar bandar di negeri Sabah yang berdepan pelbagai cabaran dari aspek dalaman dan luaran. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk kajian konseptual melalui analisis kepustakaan terhadap karya-karya ilmiah yang berkaitan dengan akhlak, pendidikan Islam dan perkembangan remaja. Kajian ini mengenal pasti bahawa faktor dalaman seperti keimanan, niat, kesedaran kendiri dan motivasi berperanan membentuk nilai-nilai murni dalam diri remaja. Sementara itu, faktor luaran seperti peranan keluarga, institusi pendidikan, rakan sebaya, komuniti dan media sosial turut memberi impak besar terhadap penghayatan akhlak mereka. Pendidikan Islam yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh dilihat sebagai jalan penyelesaian paling berkesan untuk membendung kemerosotan akhlak remaja. Justeru kerjasama antara keluarga, pihak sekolah dan komuniti amat diperlukan bagi mengukuhkan penghayatan akhlak dalam kalangan remaja. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memperbaiki kurikulum pendidikan Islam serta mengukuhkan pembangunan akhlak generasi muda masa kini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | khlak (Morality), Remaja (Adolescents), Pendidikan Islam (Islamic Education), Luar Bandar (Rural Areas), Faktor Dalaman (Internal Factors), Faktor Luaran (External Factors) |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
Date Deposited: | 08 Oct 2025 13:11 |
Last Modified: | 08 Oct 2025 13:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45339 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |