Haimin Dusilin (2006) Pencapaian lisan murid tahun satu melalui program transisi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian lisan murid tahun satu dengan membandingkan pencapaian lisan sebelum dan selepas mengikuti program Transisi. Data kajian adalah data primer yang diperolehi melalui ujian lisan dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengukur tahap kemahiran lisan murid. Sampel kajian daripada satu kumpulan murid seramai 40 orang yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau, Sabah. Instrumen kajian adalah berbentuk ujian iaitu ujian 1 dan ujian 2 menggunakan soalan-soalan daripada modul kemahiran lisan. Hasil dapatan kajian ini, didapati tahap pencapaian murid dalam aspek kemahiran lisan adalah masih di tahap lemah iaitu min ujian sebelum menjalani program transisi ialah 0.1 dan min ujian selepas menjalani program transisi adalah 1.1. Walaupun pencapaian masih berada dalam tahap yang lemah tetapi masih boleh dipertingkatkan secara beransur-ansur. Adalah diharapkan kajian lanjutan dapat dijalankan berkaitan dengan pencapaian kemahiran lisan dalam kalangan murid pada masa akan datang.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Pencapaian lisan murid, Kemahiran lisan, Program Transisi, Pendidikan awal murid tahun satu, Ujian lisan |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media > P95-95.6 Oral communication. Speech |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 10 Oct 2025 16:37 |
| Last Modified: | 10 Oct 2025 16:37 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45357 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

