Tahap literasi komputer dalam kalangan guru matematik dan sains di sekolah-sekolah menengah di daerah Semporna, Sabah

Mohd. Asri Ispal (2006) Tahap literasi komputer dalam kalangan guru matematik dan sains di sekolah-sekolah menengah di daerah Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (250kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan guru yang ter1ibat dalam mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah-sekolah Menengah di Daerah Semporna, Sabah.Beberapa pembolehubah telah dikenalpasti untuk melihat sejauhmana ia memberi kesan terhaclap tahap literasi. Antara pembolehubah yang telah dipilih dalam kajian ini ialah jantina, umur, kekerapan menggunakan komputer, pemilikan komputer, sikap guru dan kemudahan prasarana komputer yang sedia ada di sekolah. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap literasi komputer adalah terjemahan daripada instrumen asal oleh Kay (1993) yang dikenali dengan nama 'CAS' (Computer Ability Scale) manakala instrumen yang digunakan untuk mengukur sikap guru terhadap komputer adalah berdasarkan soal selidik yang telah dibina oleh Olin & Hortin (1993). Soal selidik berkenaan telah diubahsuai dan diedarkan kepada 50 orang guru yang dijadikan responden. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, nitai min, ujian-t dan juga nilal r untuk melihat perhubungan pembolehubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jantina dan umur tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap tahap literasi komputer. Manakala kekerapan menggunakan komputer dan pemilikan komputer di rumah mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap literasi komputer. Dapatan kajian juga menunjukkan kemudahan prasarana komputer di sekolah dan sikap guru tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap literasi komputer.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Computer literacy, Mathematics and Science teacher, Secondary school, Computer facilities, Teachers attitude
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC149-161 Literacy. Illiteracy
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2025 16:45
Last Modified: 10 Oct 2025 16:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45375

Actions (login required)

View Item View Item