Implementasi dakwah menerusi program dekat di hati ‘Anak Malaysia’ di kampung Mesilou Kundasang, Sabah: Satu analisis

Jamal Adli Ahmad Shukri and Ahmad Nur Amsyar Zainal and Mohd Shalahudin Ismail and Mohd Nasrun Mohd Talib and Saifulazry Mokhtar (2025) Implementasi dakwah menerusi program dekat di hati ‘Anak Malaysia’ di kampung Mesilou Kundasang, Sabah: Satu analisis. International Journal Of Modern Education (IJMOE), 7. pp. 864-882.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (925kB) | Request a copy

Abstract

Program Dekat Di Hati ‘Anak Malaysia’ merupakan salah satu program amali dakwah yang wajib diikuti oleh semua pelajar Semester 6 dalam jurusan Diploma Dakwah Islamiyyah di Institut Pengajian Dakwah dan Islam Sabah (IPDAS), Keningau, Sabah. Program ini juga merupakan satu bentuk implementasi dakwah yang perlu diaplikasikan oleh pelajar setelah mempelajari teorinya dalam sesi kuliah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam program amali dakwah, melihat cabaran yang dihadapi semasa menjalankan program amali dakwah serta cadangan penambahbaikan dalam program amali dakwah tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu menerusi kaedah turut serta, pemerhatian, kajian keperpustakaan dan temu bual. Hasil dapatan kajian ini menemui lima bentuk implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan di Kampung Mesilou, Kundasang iaitu menerusi Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Sembelihan, Program Jom Mengaji, Program Smart Seni Islamik dan Program Kem Bestari Solat (Siri I & Siri II). Manakala cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan dakwah pula termasuklah tahap penghayatan etika yang rendah, peralatan dan perkhidmatan program yang terhad, penetapan masa yang kurang sesuai, penduduk kampung di ambang kemodenanisasi dan kedudukan geografi kampung yang mencabar. Justeru, implementasi dakwah ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi pendakwah dalam meneruskan syiar Islam pada masa akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Dakwah (Da'wah), Dekat Di Hati (Close To The Heart), Implementasi (Implementation), Kundasang, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP170.3-170.5 Missionary work of Islam
J Political Science > JF Political institutions and public administration > JF20-2112 Political institutions and public administration > JF1338-2112 Public administration
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: JUNAINE JASNI -
Date Deposited: 10 Oct 2025 16:49
Last Modified: 10 Oct 2025 16:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45379

Actions (login required)

View Item View Item