Muhammad Rusdi Ab Majid (2006) Iklim sekolah di sekolah-sekolah menengah daerah gabungan Kota Belud dan kaitannya dengan prestasi kerja guru. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES..pdf Download (814kB) |
|
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komponen iklim sekolah dan kaitannya dengan prestasi kerja guru di daerah Gabungan Kota Belud, Sabah. Terdapat empat komponen iklim sekolah yang dikenal pasti dalam kajian ini, iaitu komponen sosial, budaya ilmu pengetahuan, komunikasi, dan fizikal. Seramai 148 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah dibina bagi kajian ini. Analisis data kajian menggunakan kaedah min, peratusan, kekerapan, dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tahap iklim sekolah yang berbeza di setiap sekolah dalam Daerah Gabungan Kota Belud, Sabah, iaitu iklim sekolah terbuka dan sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada iklim sekolah tertutup bagi keempat-empat komponen iklim sekolah tersebut. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara komponen iklim sekolah — iaitu sosial, budaya ilmu pengetahuan, komunikasi, dan fizikal — dengan prestasi kerja guru. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara komponen-komponen iklim sekolah dalam kajian yang dilakukan di sekolah-sekolah menengah di Daerah Gabungan Kota Belud, Sabah.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Iklim sekolah, Prestasi kerja guru, Komponen iklim sekolah, Sekolah menengah, Kota Belud, Sabah |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC189-214.53 Educational sociology |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 16 Oct 2025 12:26 |
| Last Modified: | 16 Oct 2025 12:26 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45381 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

