Ng, Kah Ghor (2006) Ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian Bahagian Pedalaman Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (971kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian di Bahagian Pedalaman Sabah. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti tahap keseriusan ponteng, hubungan antara tahap ponteng dengan status sosioekonomi yang meliputi tahap pendidikan ibu bapa, tahap pendapatan ibu bapa dan saiz keluarga. Di samping itu, objektif lain ialah mengenal pasti hubungan antara tahap ponteng dengan sebab-sebab ponteng yang telah dikenal pasti. Reka bentuk kajian adaalah berasaskan reka bentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Persampelan kajian merupakan persampelan bertujuan kerana sampel kajian dipilih secara berkelompok terhadap semua murid Tingkatan 4 lima buah sekolah menengah harian di daerah Keningau dan Tenom. Data-data yang diperolehi telah dianalisis secara diskriptif dan ujian korelasi. Hasil kajian tel ah menunjukkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 sekolahsekolah menengah harian Sahagian Pedalaman Sabah adalah kurang serius tetapi berpotensi untuk menjadi kritikal jika tiada usaha pembanterasan dilakukan. Turut didapati ialah status sosioekonomi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan salah laku ponteng. Dari segi punca-punca ponteng sekolah, kajian telah mendapati punca-punca utamanya ialah masalah pengangkutan;/ persekitaran dan keadaan keluarga yang kurang kondusif, sikap kurang pentingkan pelajaran dan kurang beraspirasi tinggi pelajar, serta masalah persekolahan seperti guru dan kurikulum. Aspek pengaruh rakan sebaya didapati kurang signifikan hubungannya dengan salah laku ponteng sekolah. Untuk mengurangkan masalah ponteng sekolah di kawasan Pedalaman Sabah, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan asrama untuk mengurangkan masalah pengangkutan dan mengadakan keadaan persekitaran yang lebih kondusif untuk merangsang pembelajaran. Pihak sekolah terutamanya guru juga boleh memainkan peranan penting dari segi peningkatan motivasi pelajar, dan memberi perhatian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran agar persekolahan menjadi lebih seronok dan menarik bagi pelajar.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Ponteng sekolah, Disiplin pelajar, Sekolah menengah harian, Status sosioekonomi pelajar, Pendidikan luar bandar, Daerah Keningau |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 10 Oct 2025 16:51 |
| Last Modified: | 10 Oct 2025 16:51 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45383 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

